Skip to main content

Posts

Showing posts from November 24, 2018

Najib nafi pernah kata ditipu oleh Jho Low

MARAN -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan pernah menyatakan bahawa beliau mengakui telah ditipu oleh ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam isu 1MDB. Sebaliknya Najib berkata kenyataan itu telah ‘dikilas’ portal berita berkenaan. “Saya kata kalaulah dibuktikan (penipuan) maka itulah (benarlah) kita telah ditipu oleh dia. Saya juga nak bagi tahu, saya tidak pernah menafikan saya mengenali dia… saya tidak nafikan. “Saya katakan saya dengan dia berurusan secara profesional dan saya menggunakan beliau dalam urusan kita dengan Arab Saudi dan Emirah Arab Bersatu (UAE) untuk tarik pelabur ke Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sembang Santai bersama Mantan Perdana Menteri di Dewan UMNO  Maran di sini yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. Menurutnya hasil hubungan baik yang berjaya dijalinkan itu, ia telah memberi manfaat terhadap negara termasuk penambahan