Skip to main content

Posts

Showing posts from November 26, 2018

17 detained to assist investigation

SHAH ALAM -- Seventeen men, all locals, have been detained by police so far to assist investigations into the commotion at  the Sri Maha Mariamman Temple in USJ 25, Putra Heights near here early today. Inspector-General of Police Tan Sri Mohamad Fuzi Harun said police had also identified all the individuals involved  including the mastermind but  investigations were still ongoing. “Police also seized weapons that were used in the  incident including two machetes, two wooden sticks and two rubber hoses. We have received 29 reports so far in connection with the incident. “All aspects are being investigated transparently and we will take stern action against the culprits,” he told a press conference at the Selangor police headquarters here tonight. Mohamad Fuzi explained that of the 17, six suffered injuries. He added that a lance corporal from the Subang Jaya police headquarters was also injured when trying to bring order...

Mereka bukan orang Melayu

SUBANG JAYA -- Insiden kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights awal pagi ini tiada kaitan dengan perbalahan sesama kaum India mahupun kaum lain, kata Ketua Sami kuil berkenaan, Jeyakumar Subramaniam Sebaliknya, beliau berkata ada cubaan provokasi yang sengaja dilakukan pihak tertentu yang mengaitkan kekecohan itu dengan perbalahan kaum. “Ini bukan pergaduhan dua kumpulan India, sebaliknya yang berada di dalam kawasan kuil ini semasa ia berlaku sebenarnya adalah kaum India dan penganut Hindu (yang berada di dalam kuil) disuruh keluar dari kawasan ini. “Cara mereka (yang menyuruh keluar) bertutur bahasa Melayu tidak menunjukkan mereka berasal dari sini... they are not Malay (mereka bukan Melayu),” katanya kepada pemberita. Sementara itu, Anggota Parlimen Batu, P. Prabakaran berkata insiden itu melibatkan satu kumpulan yang dijadikan ...

OKU kerdil usahawan kebab jana pendapatan sehingga RM8,000 sehari

SERDANG -- Kira-kira 30 tahun dahulu, Ikhsan Sirat, 57, merupakan peniaga burger RM1 di pasar malam namun kini, beliau yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) kerdil mampu tersenyum bangga apabila memiliki lima buah trak makanan menjual kebab yang mampu menjana jualan mencecah RM8,000 sehari.  "Mula-mula saya berniaga dulu, saya perlu bersaing dengan lima lagi gerai yang jual burger dan ia diusahakan oleh orang normal.  "Tapi saya tak jadikan ia sebab untuk rasa rendah diri, saya percaya kalau makanan yang dijual sedap dan servis bagus mesti pelanggan akan beli," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018. Malah Ikhsan yang selesa dipanggil 'Wak' menganggap fizikal istimewanya sebagai satu kelebihan yang membolehkan pelanggannya lebih mudah mengingatinya.  "Pelanggan yang datang balik selalunya akan dapat cari gerai saya semula...