KUALA LUMPUR -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyekat kemasukan kira-kira 63,000 warga asing ke negara ini atas beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 termasuk mereka yang mempunyai rekod jenayah dan telah disenaraihitam sejak 1 Jan tahun ini. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata tiada jaminan bahawa warga asing yang telah mendapat eVisa dan eEntri melalui talian boleh terus masuk ke negara ini kerana tapisan dan semakan turut dibuat di semua 137 pintu masuk darat, air dan udara negara. “Saya ingin jelaskan eVisa yang dikeluarkan oleh Imigresen dan vendor yang terlibat dalam aspek mentadbir urus eVisa dan eEntri bukan syarat mendatori atau membolehkan mereka masuk begitu sahaja. “Kita (JIM) teliti...