IPOH -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari menafikan beliau merupakan dalang untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi undi tidak percaya. Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Negeri menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh ketua pembangkang Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) sebagai satu 'cerita kartun'. Malah, Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak berkata tuduhan Saarani itu merupakan gimik murahan untuk menarik perhatian dalam politik. "Dia (Saarani) tuduh saya rancang hendak jatuhkan menteri besar (MB), kita tunggu sampai esok… kalau MB masih sama, masih ada (bermakna) dia (Saarani) tipu," katanya dalam sidang media di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di sini, hari ini. Terdahulu, Saarani semasa sesi perbahasan Belanjawan Perak 2019 ‘menggambarkan’ Abdul Aziz sebagai dalang komplot untuk menjatu...