Skip to main content

Posts

Showing posts from December 5, 2018

Panggilan akhir untuk anak Musa Aman

KUALA LUMPUR -- Dewan Rakyat akan mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada Yamani Hafez Musa dalam masa terdekat agar Anggota Parlimen Sipitang itu segera hadir bagi mengangkat sumpah jawatan. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata Yamani Hafez perlu segera berbuat demikian sebelum hilang kelayakan. “Beberapa surat peringatan mengangkat sumpah telah dihantar sebelum ini namun tiada maklum balas daripada anggota Parlimen itu. Kita telah tulis surat kepada beliau (Yamani Hafez) dan beri tarikh yang sesuai bukan sahaja untuk dia tetapi Parlimen juga. Terpulang kepada Sipitang. “Yang terbaharu setakat ini beliau tidak jawab lagi. Kita sudah hantar beberapa surat peringatan dan akan keluarkan surat peringatan terakhir tidak beberapa lama lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen. Mohamad Ariff berkata Yamani Hafez ada memint...

Equanimity akan dijual sebelum hujung Mac

KUALA LUMPUR -- Sherif Mahkamah Admiralti akan mendapatkan perintah mahkamah untuk memulakan fasa kedua penjualan kehakiman melalui triti persendirian kapal pesiaran mewah 'Equanimity’ untuk memuktamadkan penjualan sebelum 31 Mac 2019. “Harga sembilan angka yang diminta akan dimaklumkan atas permohonan, sebaik sahaja kelulusan mahkamah diperoleh," demikian menurut kenyataan daripada pasukan perundangan mewakili kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua anak syarikatnya. "Sherif Mahkamah Admiralti berpendapat dengan meneruskan peringkat kedua proses penjualan kehakiman akan memberi manfaat dalam mendapatkan nilai optimum bagi Equanimity," menurut kenyataan itu merujuk kepada kapal mewah yang pernah dimiliki ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Pada 24 Ogos le...

Dakwaan Singapura tidak betul

PUTRAJAYA -- Malaysia mendapati bahawa dakwaan Singapura adalah tidak tepat kerana had pelabuhan yang diubah ke atas Pelabuhan Johor Bahru tidak sekali-kali mencerobohi ke mana-mana bahagian Singapura, demikian menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini. Perkara ini merujuk kepada kenyataan akhbar oleh Menteri Pengangkutan Singapura berhubung perkara itu semalam, Loke berkata Malaysia seringkali dan tetap memelihara kedaulatan perairan agar sentiasa berada dalam had pelabuhan dibenarkan bagi Pelabuhan Johor Bahru. Loke menjelaskan bahawa Singapura pada beberapa tahun lepas melaksanakan tebus guna  tanah secara besar-besaran di kawasan berkenaan yang dipersoal dan ia undang-undang lapuk  bah...

Paru-paru kira Muhammad Adib semakin pulih

KUALA LUMPUR -- Paru-paru kiri anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan manakala jantungnya berfungsi sendiri dengan baik, demikian menurut Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. Pemuda berusia 24 tahun berkenaan mengalami kecederaan parah selepas dipukul semasa kekecohan di sebuah kuil di Subang Jaya minggu lepas. IJN berkata Muhammad Adib menunjukkan perkembangan yang baik sejak sistem sokongan hayatnya ditukar kepada sistem  Veno-Venous ECMO  pada 2 Dis lalu. “Beliau semakin kurang memerlukan sokongan oksigen dan ventilator sejak malam tadi. Beliau boleh menerima makanan menerusi tiub naso-gastric yang menyalurkan 90 peratus keperluan hariannya,” demikian menurut kenyataan itu. Bagaimanapun I...

Suami saya melecur dari atas kepala hingga ke paras pinggang

KUCHING -- "Sebelum kejadian saya dapat lihat suami di bahagian dapur restoran tersebut, namun apabila letupan berlaku dia hilang dari pandangan akibat ditimpa runtuhan," kata seorang saksi kejadian letupan gas di CityOne Megamall petang semalam. Demikian menurut Aimy Mohamad, 19, yang juga isteri kepada seorang pekerja restoran yang terlibat dalam insiden letupan dan runtuhan di premis tersebut di Jalan Song, yang meragut nyawa tiga lelaki. Sejumlah 44 orang turut cedera. Aimy berkata akibat kejadian itu dia yang bekerja di sebuah kedai berhampiran turut di timpa kayu-kayu kecil kesan letupan yang berlaku namun menguatkan hati untuk masuk mencari suaminya Uzair Abu Bakar, 19, di dalam restoran tersebut. "Kejadian berlaku sekelip mata, saya dengar bunyi letupan sekali dan sangat nyaring. Akibat letupan itu berlaku runtuhan di dalam restoran tersebut, suami saya pun tidak kelihatan lagi. "Saya keluar tinggalkan tempat kerja saya...

Malaysia sedia ukur semula sempadan

SHAH ALAM -- Kerajaan bersedia mengukur sempadan perairan Malaysia dan Singapura bagi melihat sama ada benar kapal Malaysia menceroboh perairan republik itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. "Kita boleh ukur ia betul ke atau pun tidak,  garisan mereka tu tak kena dan kita masih ada dalam kita punya own waters" kata Perdana Menteri secara ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Bhd (UPUS) kali ke-21 di sini hari ini. Beliau mengulas laporan mengatakan Singapura membantah rancangan Malaysia memperluaskan had pelabuhan di Johor Bharu dan menyifatkannya sebagai menceroboh perairan wilayah berkenaan. Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, pihaknya meminta Malaysia menarik semula cadangan untuk meluaskan pelabuhan sebagai mencerminkan kedaulatan Singapura berhubung perairan, sementara Malaysia mempertahankan diri daripada mengambil sebarang tindakan lanjut s...

Pemisahan kuasa Peguam Negara perlu undi dua pertiga Parlimen

KUALA LUMPUR -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH)  komited untuk melaksanakan pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara namun enggan mengambil risiko ia ditolak jika membawa usul itu ke Parlimen pada masa ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata ini kerana kerajaan mempunyai kekangan kerana tidak mempunyai kuasa dua pertiga di Dewan Rakyat kerana cadangan pemisahan kuasa itu memerlukan pindaan Perlembagaan. “Sekiranya kerajaan berhasrat melaksanakan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di negara ini, Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dan untuk meminda perlembagaan, berdasarkan Perkara 159 (3) Perlembagaan Persekutuan, ia memerlukan dua pertiga. "Buat masa ini kita rasa kita tak ada dua pertiga, kita tak nak ambil risiko bila bentang, ia tidak diluluskan. Jadi, setakat ini, ia memang telah dibincangkan tetapi belum ada keputusan untuk membawa perkara i...