Skip to main content

Posts

Showing posts from December 11, 2018

Tiada cauvinisme kaum dan agama di Selangor

KLANG -- Kerajaan Selangor berikrar untuk tidak  bertolak ansur terhadap sebarang anasir yang cuba menggugat ketenteraman dan keamanan yang dikecapi rakyat negeri itu. Menteri Besar Amirudin Shari berkata pihaknya dan pentadbiran negeri akan memastikan rakyat berbilang kaum di Selangor hidup secara aman dan sentosa. "Patik  dan  pentadbiran  negeri akan  memastikan  kesentosaan  negeri buat  sekalian  rakyat  negeri  Selangor.  "Segala  bentuk  cauvinisme  kaum mahupun  agama  tidak  punya  tempat  di  negeri  Selangor  yang kosmopolitan  ini," katanya dalam ucapan sembah taat setia bersempena sambutan hari keputeraan ke-73 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Istana Alam Shah. Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Pada hujung bulan lepas, Selangor digemparkan dengan insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya yang menyaksikan polis menahan 106

Demos can never topple a democratically elected govt

KUALA LUMPUR -- Demonstrations can never topple a democratically elected government, said  Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad. He said that although the Pakatan Harapan government allowed street demonstrations, it was only through elections that the government could be changed. "If elections are set aside, instead we follow what the demonstrators want, democracy will not surface. While we allow demonstrations, small or big, demonstrations by themselves cannot  bring down the government. “What can bring down the government is elections,” he said during an interview on TV talk show Bicara Khas Bersama Perdana Menteri, on RTM1 on Monday night. He was commenting on the anti-ICERD (International Convention on Elimination of All Forms of Racism)  turned “thanksgiving” rally by the opposition in the federal capital on Saturday. The prime minister also said elections could be held earlier to gauge the people’s support if it was clear the existing government had failed.

No spike in withdrawals from Tabung Haji

KUALA LUMPUR -- There was no spike in withdrawals from Lembaga Tabung Haji (TH) amid the commencement of the TH rehabilitation and restructuring plan, said Group Managing Director and Chief Executive Officer Datuk Seri Zukri Samat today. He said TH was still receiving support from the depositors despite revelations made by Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa that TH will be placed under Bank Negara Malaysia’s supervision starting January next year to improve the organisation’s governance. "Business as usual for us. We don't see a spike in withdrawals and people are still supporting us. Even today, I was told that we have about 170 people opening accounts with us. "TH welcomes the government’s decision to put TH under the supervision of Bank Negara Malaysia as the central bank has a very robust risk management and liquidity framework, which institutions under its supervision must comply and therefore enhance confidenc

Biodiesel untuk kenderaan diesel mulai 1 Februari

PUTRAJAYA -- Kerajaan akan melaksanakan program Biodiesel B10 – iaitu adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel fosil – dalam sektor pengangkutan untuk kegunaan semua jenis kenderaan diesel mulai 1 Feb tahun depan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata penggunaan 10 peratus biodiesel sawit di Malaysia bagi kenderaan seperti pacuan empat roda, lori dan bas akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 1.6 juta tan karbon dioksida setara setahun. Program B10, katanya, akan menyumbang kepada pengurangan pembebasan gas karbon dioksida sebanyak 10 peratus daripada jumlah kenderaan diesel setahun di negara ini. "Kualiti udara terutamanya di kawasan bandar akan turut meningkat melalui penggunaan biodiesel dengan pengurangan pelepasan debu dan asap hitam ke udara.  "Pelaksanaan Program B10 adalah tepat pada masa ini memandangkan harga biodiesel sawit yang rendah berbanding dengan diesel petroleum," katanya melancarkan Pela

Najib, Arul Kanda akan didakwa esok

PUTRAJAYA -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, akan menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB esok. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib dan Arul Kanda di mahkamah esok. "Bacaan pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen berasingan di Kompleks Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12 Disember 2018, jam 8.00 pagi,” kata SPRM. SPRM menahan Najib kira-kira dua jam setengah semalam bagi melengkapkan proses akhir siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM. SPRM berkata Arul Kanda pula ditahan pada jam 10.32 pagi hari ini ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM bagi tujuan sama. Arul Kanda tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi. Pada 25 Nov lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah M