Skip to main content

Posts

Showing posts from December 14, 2018

Six loggers trapped in jungle for 29 hours

KEMAMAN -- Two brothers went to work as loggers in the Cerul Forest Reserve in Terengganu with dreams of earning money enough to celebrate Christmas in their village. Their dreams of celebrating the Yuletide in Lawas, Sarawak, were nearly dashed when they were among six people trapped for more than 29 hours in the jungle. Thankfully, they were rescued by firemen today. William Anak Ligang, 37, his 33-year-old brother James and four other loggers found themselves trapped when their four-wheel drive vehicle broke down on the way back last night. The other four saved by the Cheneh station Malaysian Fire and Rescue Department were Alister Sinawat Ukul, 23; Mohd Ghani Ismail, 38; Ab Sani Abd Khalid, 37 and Mohd Hariri Hasan, 37. William said they had already booked their ticket home to Sarawak tomorrow and were on the verge of giving up hope when they had to travel by foot and cross several fast-flowing rivers, due to the monsoon, season to save themselves. ...

MB Perak nafi tidak prihatin

IPOH -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan barisan exco kerajaan negeri kurang prihatin terhadap nasib yang menimpa keluarga mangsa kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, Selasa lepas. Sebaliknya, beliau berkata kelewatan barisan exco melawat keluarga mangsa adalah disebabkan jadual kerja yang padat. “Saya sendiri pada ketika itu berada di Kuala Lumpur dan dalam keadaan tidak sihat kerana dijangkiti  Influenza A maka saya tidak sesuai untuk berjumpa dengan orang ramai  Saya tahu yang exco kerajaan negeri masing-masing punyai jadual yang begitu padat saya harap pada masa akan datang apabila kami yang pertama sampai bolehlah juga di laporkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kembali ke Sekolah 2019 peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang men...

Bersatu akan terima bekas pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya menerima bekas pemimpin UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), meskipun ia dilihat kurang disenangi oleh rakan parti komponen Pakatan Harapan. Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Bersatu, berkata permohonan mereka itu bagaimanapun dinilai terlebih dahulu sebelum diterima masuk. "Orang UMNO ada yang baik, pun ada yang jahat. Yang jahat kita tak terima, yang baik kita terima la. Saya sendiri ahli UMNO.  "Dia orang terima saya. (Penasihat DAP Lim) Kit Siang terima saya," katanya kepada wartawan selepas menghadiri sambutan 20 tahun Muzium Kesenian Islam di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sekumpulan pemimpin UMNO yang telah keluar parti dalam minggu ini. Rabu lepas, lima anggota Parlimen, sembilan ADUN dan dua Senator UMNO Sabah telah mengisytiharkan keluar parti itu. Hari ini, Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anu...

Tak puas hati dengan Zahid punca tinggalkan UMNO

KUALA LUMPUR -- Beberapa pemimpin UMNO hari ini menyatakan hilang kepercayaan kepada kepimpinan presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain kepentingan kebajikan rakyat sebagai antara alasan mereka meninggalkan parti berkenaan.  Anggota Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini berkata lebih ramai anggota UMNO akan meninggalkan parti tunjang Barisan Nasional itu sekiranya  Ahmad Zahid  tidak berundur sebagai presiden parti. Menurut Zulkifli Bujang, Pegawai khas Hamzah, bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu memberi amaran berkenaan berdasarkan desakan majoriti anggota parti kebelakangan ini. Hamzah, menurutnya, kecewa dengan cara bekas timbalan perdana menteri itu mengendalikan isu berkenaan sehin...