Skip to main content

Posts

Showing posts from December 15, 2018

Kuil Seafield diminta pulangkan tanah, wang

SHAH ALAM -- Kerajaan Selangor meminta pengurusan  Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di Subang Jaya, Selangor memulangkan semula tanah dan wang pampasan yang diterima oleh pemaju sebelum ini.  Menteri Besar Amirudin Shari berkata tapak tanah seluas 0.405 hektar (satu ekar) dan wang pampasan berjumlah RM1.5 juta yang diberikan oleh pemaju perlu dipulangkan semula sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan oleh Peguam Negara. “Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik kenyataan Peguam Negara berkenaan isu Kuil Seafield dan bersetuju dengan penyelesaian yang dicadangkan oleh Peguam Negara yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan. Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara, Tommy Thomas, semalam berhubung isu kuil terbabit yang antara lain berkata , tertakluk kepada terma dipersetujui, One City Development Sdn Bhd akan memindah hak milik plot tanah seluas satu ekar terletaknya Kuil Sri Maha Mariamman di Suba...

Mak nyah mati dibelasah gara-gara telefon

KLANG --  Seorang mak nyah yang mati dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan senjata tumpul di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi di sini Rabu lepas, dikatakan mencuri telefon bimbit milik pelanggannya, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli. Sehubungan itu, beliau berkata polis menahan empat lelaki berusia 16 hinga 21 tahun di sekitar Klang bagi membantu siasatan pada hari keesokannya.   "Motif kejadian disebabkan mangsa berusia 32 tahun itu didakwa telah mencuri telefon bimbit jenis Huawei Nouva 2i milik salah seorang daripada suspek semasa melanggan mangsa pada November lepas. "Siasatan mendapati kejadian ini lebih menjurus kepada mangsa disyaki curi telefon bimbit dan tiada isu berkaitan kebencian kepada LGBT," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp. Shamsul Amar berkata dua suspek ditahan reman selama enam hari mulai semalam, manakala dua lagi akan dipohon reman pagi ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kes...