Skip to main content

Posts

Showing posts from December 19, 2018

Beringatlah kalau nak tukar tayar di lebuh raya

SEREMBAN -- Seorang lelaki maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di KM 269.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, selepas susur keluar Plaza Tol Ainsdale di sini, hari ini.  Ketua Polis Daerah ACP, Thiew Hock Poh berkata kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu melibatkan sebuah Perodua Alza dan sebuah lori tiga tan.  “Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki bersama seorang isteri dan tiga anak perempuannya dari arah Jempol ingin menuju ke Kuala Lumpur mengalami kerosakan di bahagian tayar sebelah hadapan kanan.  “Akibat kerosakan yang dialami, pemandu memberhentikan kenderaan beliau di laluan kecemasan dan menukar tayar yang rosak. Ketika menukar tayar, sebuah lori tiga tan yang tidak membawa apa-apa muatan yang juga berada di lorong kiri telah hilang kawalan lalu terlanggar bahagian belakang kanan kenderaan Perodua Alza dan terbabas ke kiri bahu lebuh raya dan memasuki longkang,” katanya ke

Saya mahukan pembangkang yang kuat - Tun M

PUTRAJAYA -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mahu Malaysia yang mempunyai parti pembangkang untuk menjadi cermin kepada pemerintah. Bagaimanapun katanya harapan itu tidak menjadi kenyataan kerana pembangkang dalam keadaan hancur dan tidak boleh dipercayai. Mengenai persepsi bahawa menerima penyertaan bekas Anggota Parlimen UMNO adalah sebahagian daripada strategi PH untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen, perdana menteri berkata secara peribadi, beliau tidak suka kerajaan dengan majoriti dua pertiga. “Saya mahukan pembangkang yang kuat. Tetapi apa yang anda lihat pembangkang kini benar-benar hancur. MIC tidak berfungsi, MCA tidak berfungsi. Di Sabah mereka tidak berfungsi. Keseluruhan UMNO telah berpecah kepada banyak bahagian...ada yang ingin kekal dalam UMNO, ada yang ingin keluar. Ada juga yang tidak ingin berpolitik lagi. “Tiada pembangkang yang boleh dipercayai pada masa ini. Bahkan, semasa saya dalam kerajaan sebelum ini, ke