Skip to main content

Posts

Showing posts from December 26, 2018

Tiada kompromi merokok di premis makanan

IPOH-- Kementerian Kesihatan tidak berkompromi terhadap aspek kesihatan bukan perokok, namun pada masa tetap menghormati hak perokok, kata Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye.  Beliau berkata larangan merokok di semua restoran dan premis makanan mulai 1 Jan depan tidak menghalang perokok untuk merokok, tetapi dengan syarat melakukannya jauh dari kawasan larangan. “Kerajaan amat menghormati mereka yang tidak merokok dan kita hormati hak perokok. Kita tidak halang sepenuhnya kalau nak merokok tetapi biar di kawasan lapang, jauh dari kawasan awam, jangan sampai jejaskan kesihatan orang lain,” katanya. Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program gotong royong di Kampung Rapat Jaya Tambahan. Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan pihak Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) meminta kerajaan menangguhkan larangan berkenaan kerana menyifatkan merokok merupakan kebiasaan masyarakat negara ini dan perokok tega...

UMNO lebih baik bubar

KOTA BHARU -- Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi pendapat peribadinya bahawa UMNO sudah tidak mempunyai masa depan dalam politik dan mencadangkan agar parti itu dibubarkan. Mohd Amar berkata cadangan tersebut telah lama disuarakannya malah telah banyak kali diulang dalam ceramah beliau selepas pelbagai kemelut dalaman melanda parti itu. “Secara realistiknya dari segi masa hadapan apa lagi yang UMNO mampu tawarkan kepada rakyat. Mereka sudah diberikan peluang selama 60 tahun. "Saya rasa dari segi politik, masa depan UMNO sudah tiada dan sebab itu saya cadangkan ia dibubarkan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Letak Kerja dan Pelancaran Logo Pusat Belia Kelantan di Medan Usahawan Kota Bharu. Mohd Amar mengulas pandangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi satu temuramah ‘An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang’ di Dublin, Ireland baru-baru ini, yang menyifatkan UMNO sebagai bahtera...

Rebat bil elektrik RM40 untuk miskin tegar 1 Januari ini

PUTRAJAYA -- Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) memperuntukkan RM80 juta untuk memberi Rebat Bil Elektrik berjumlah RM40 kepada 185,000 miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih, bermula 1 Januari ini. Dalam satu kenyataan, MESTECC berkata program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. “Di bawah program ini, ketua isi rumah miskin tegar dan miskin di bawah eKasih yang telah dikenal pasti akan menerima bil elektrik secara percuma sehingga RM40 sebulan, bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik mereka. “Sekiranya penggunaan elektrik adalah di bawah RM40 sebulan, secara automatik ketua isi rumah tersebut akan menerima bil elektrik percuma berdasarkan bil sebenarnya. Walau bagaimanapun, sekiranya penggunaan elektrik melebihi RM40 sebulan, ket...

Bayaran Sara Hidup RM300 dibayar 28 Januari

PUTRAJAYA -- Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dibayar pada 28 Jan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata atas keprihatinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bantuan itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 Bilion.  "Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka," katanya dalam kenyataan. Lim berkata bagi pelaksanaan BSH 2019 fasa pertama itu, Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data dan kaedah lama bagi membolehkan bayaran dibuat segera sebelum Februari 2019, walaupun berkemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak. Menurutnya proses pemutihan bagi mengeluarkan nama penerima tidak layak yang bukan daripada golongan berpendapatan rendah (B40) memerlukan masa yang panjang untuk dilaksana. Lim berkata setelah pangkalan data dikemaskini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan me...

Gaduh pasal mnasi lemak RM2

KUANTAN -- Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang pemandu bas bagi membantu siasatan pergaduhan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini, yang videonya tular di laman sosial sejak semalam.  Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 44 dan 32 tahun ditahan secara berasingan bermula malam semalam hingga awal pagi ini, di sekitar Kuantan dan Maran. "Lima suspek ditangkap pada 8.30 malam semalam, semasa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran. Seorang lagi suspek ditahan pada 9 malam semalam di hadapan kedai serbaneka di Inderapura di sini, yang kemudiannya turut didapati positif dadah.  "Tangkapan terakhir melibatkan pemandu bas yang berusia 32 tahun di IPD Kuantan pada pukul 1.15 pagi tadi," katanya kepada pemberita. Mohamad Noor berkata semua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi tujuan reman untuk membantu siasatan mengi...