KUANTAN -- Tiada lagi rumah keluarga tentera dua bilik pada masa akan datang bagi keselesaan anggota tentera, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Beliau berkata usaha menaik taraf rumah tersebut menjadi tiga bilik sedang dilakukan secara berperingkat, mengikut peruntukan yang diterima. Katanya, untuk Belanjawan 2019, kementeriannya menerima peruntukan RM120 juta untuk tujuan penyelenggaran rumah tentera, termasuk peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta untuk menaik taraf. "Peruntukan yang ada untuk disegerakan penambahbaikan rumah keluarga kerana kita tahu tentera memang hidup secara berkelompok dan semuanya dibuat di dalam kem. Bagaimanapun kedaifan dan jumlah rumah yang tidak cukup menyebabkan ramai memilih menetap di luar kem. Kita mengambil perhatian serius dan sedang mengusahakan menaik taraf kuarters yang ada. Kita tahu rumah dua bilik tidak sesuai untuk mereka yang bekeluarga," katanya pada sidang media di sini hari ini,...