Skip to main content

Posts

Showing posts from February 15, 2019

Permaisuri Agong ada kain bauksit

PEKAN -- Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar hari ini, mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit.  Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit, yang merupakan isu alam sekitar kontroversi di Kuantan pada hujung tahun 2014.  "Apabila saya dituduh mengorek bauksit, saya telah panggil (wakil) Penjara Penor untuk ambil bauksit dan keluarkan satu tenun Diraja Pahang menggunakan warna daripada bauksit.  "Penjara Penor telah keluarkan kain itu yang saya panggil tenun bauksit..bauksit menghasilkan warna yang cantik dan saya harap warna bauksit boleh menjadi produk Pahang," titah baginda semasa berucap merasmikan Bengkel Kreatif Pewarna Natural di Muzium Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.  Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan I...

Tidak benar elaun nelayan & petani dihenti

JOHOR BAHRU -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub hari ini menafikan elaun sara hidup nelayan serta subsidi kepada petani dihentikan.  Malah tegas beliau, kerajaan memberi jaminan bantuan itu tetap diteruskan. “Tidak ada isu (sebab) untuk saya dan pihak kementerian menghentikan bantuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program SWM Kasih Misi Sampul Merah@Amitabha Malaysia, di sini. Menurutnya isu bantuan dihentikan itu heboh berikutan ada antara nelayan dan petani yang tidak lagi menerima elaun dan subsidi tersebut selepas pihaknya melaksanakan program pemutihan. "Saya boleh berikan jaminan pihak kementerian akan memberikan bantuan dan subsidi serta apa jua insentif kepada golongan sasaran iaitu petani dan nelayan tulen yang mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan,” katanya. Sehub...

Nik Nazmi tidak senang kemasukan bekas MP UMNO

KUANTAN -- Penerimaan tujuh bekas anggota Parlimen (MP) UMNO ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibimbangi akan menghakis kepercayaan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH).  Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PH seharusnya menghomati keputusan rakyat yang menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, selain tiada keperluan untuk menerima masuk MP tersebut.  "Jika keadaan berlaku seperti di Sabah iaitu pembentukan kerajaan baharu tergantung selepas keputusan pilihan raya lalu, jelas ia boleh difahami. Tapi situasinya (kita) sudah ada majoriti (untuk membentuk kerajaan).  "Lebih baik untuk kita fokus kepada pentadbiran dan menghormati keputusan yang dibuat manakala UMNO serta Barisan Nasional memainkan peranan sebagai pembangkang yang efektif," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.  Nik Nazmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pembukaan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu dan Majlis Samb...

47 rakyat Malaysia boleh pulang

KUALA LUMPUR -- Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey telah dibebaskan lewat petang ini selepas beberapa perundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.  Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican yang mengesahkan perkara itu  berkata keputusan meluluskan pembebasan itu dibuat oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen setelah  mendapati semua tahanan itu telah ditipu oleh sindiket ejen pekerjaan. “Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan kita sudah melihat dan meneliti semua perkara bahawa tahanan dari Malaysia telah ditipu terdaya oleh sindiket ejen perkerjaan. “Kita juga melihat daripada segi hubungan diplomatik  kedua-dua negara yang sudah lama terjalin,”  katanya kepada Bernama ketika dihub...

Pencalonan PRK Semenyih bermula pukul 9 esok

SEMENYIH -- Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dijadual bermula pada pukul 9 pagi esok. Ia akan berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 13 kertas pencalonan setakat ini dibeli merangkumi tiga oleh Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) lima dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) satu borang. Turut dijual empat lagi borang pencalonan untuk calon Bebas. PH yang dalam misi mempertahan kerusi Semenyih menamakan jurutera muda, Muhammad Aiman Zainali, 30, sebagai calon manakala BN mempertaruhkan pemimpin tempatan, Zakaria Hanafi, 58. PSM pula menamakan Nik Aziz Afiq Abdul sebagai calon manakala Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Che...

Pendapatan RM2 juta tanam tembikai wangi

KOTA BHARU -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) gembira apabila pendapatan 29 peserta Ladang Kontrak Projek Agrotourism di Kampung Banggol di sini kini hampir mencecah RM2 juta setahun. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata beliau yakin hasil penanaman tembikai wangi yang mereka usahakan di sebidang tanah berkeluasan lebih 40 hektar di kampung itu akan mencecah lebih RM2 juta pada tahun ini berdasarkan kepada mutu buah yang semakin baik dan mendapat permintaan tinggi. "Pendapatan mereka kini meningkat pada setiap tahun dan sebagai perbandingan pada 2011 mereka mendapat sekitar RM235,000 dan pada tahun lepas pendapatan mereka sudah mencecah hampir RM2 juta. "Ini hasrat kita untuk melihat petani ini berjaya dan akhirnya keluar daripada garis kemiskinan dan sebab itu FAMA akan membantu mereka berjaya dalam pertanian," katanya kepada Bernama selepas majlis  menandatangani perjanjian jual beli tembikai...

Kaji tubuh RCI salah laku hakim-hakim kanan

KUALA LUMPUR -- Kerajaan akan mengkaji sebarang cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap dakwaan terbaru mengenai salah laku hakim-hakim kanan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. Perdana Menteri berkata beliau tahu mengenai dakwaan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dalam afidavitnya yang telah membuat pendedahan yang mengejutkan. "Ya, saya tahu beliau telah membangkitkan sesuatu. Tetapi saya tidak boleh beri komen mengenai perkara ini, kerana sebagaimana yang kamu tahu, kita tidak harus memburukkan badan kehakiman secara terbuka, tetapi sudah tentu kita mempunyai pandangan peribadi. "Kerajaan akan mengkaji apa-apa cadangan dan, jika perlu kita akan menubuhkannya (suruhanjaya siasatan diraja)," kata beliau ketika ditanya sama ada kerajaan akan menubuhkan suruhanjaya itu. Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi...

RON95 dan RON97 naik 1 sen

KUALA LUMPUR -- Harga runcit petroleum bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen seliter manakala diesel kekal pada harga RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 22 Feb. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga runcit RON97 naik kepada RM2.28 seliter berbanding RM2.27 seliter sebelum ini manakala RON95 naik kepada RM1.98 seliter daripada RM1.97 seliter. "Harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada US$62 setong kepada US$63 setong bagi petrol RON95 dan daripada US$73 setong kepada US$74 setong bagi diesel.  Bagi produk diesel, peningkatan harga pasaran itu sepatutnya menyebabkan harga runcit diesel di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dinaikkan sebanyak satu sen seliter kepada RM2.20 seliter. "Bagaimanapun, selaras...