Skip to main content

Posts

Showing posts from February 18, 2019

Zuraida cadang calon wanita di PRK Rantau

PUTRAJAYA -- Naib Presiden Parti Keadilan rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin mahu calon wanita diketengahkan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang bakal diadakan.  Beliau, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata calon wanita di kerusi DUN Rantau adalah sesuai memandangkan Negeri Sembilan sebuah negeri yang mengamalkan Adat Perpatih yang mengutamakan kaum wanita. “Sudah  berapa pilihan raya kecil  tidak ada pun orang perempuan, jadi kali ini (DUN Rantau) saya minta orang (calon) perempuan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dan Jasamu Dikenang kementeriannya di sini hari ini.  Zuraida berkata beliau mempunyai "dua tiga nama" calon wanita yang berkaliber dan mampu menggalas tugas sebagai wakil rakyat untuk diketengahkan sebagai calon DUN Rantau. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Ma

Guan Eng nafi ada konspirasi jatuhkan Tun M

KUALA LUMPUR -- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya terdapat usaha oleh dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk membentangkan  undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata andaian yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengenai undi tidak percaya itu adalah fitnah serta bertujuan mengalihkan perhatian umum tentang skandal pemimpin PAS yang menerima wang daripada UMNO. "Saya ingin menegaskan bahawa PH secara keseluruhan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan perdana menteri dan menolak sekeras-kerasnya sebarang andaian yang mengatakan sebaliknya. "Tidak ada satu parti komponen atau mana-mana pimpinan PH yang menyatakan tidak sokong atau mahukan undi tidak percaya ke atas kepimpinan Tun Dr Mahathir baik di dalam atau di luar mesyuarat Majlis Presiden PH," katanya dalam kenyataan hari ini. Sebaliknya Lim berkata yang menentang kep

Asfia perlu disingkir dari jawatan

KUCHING -- Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan Wong King Wei telah melabelkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebagai kurang demokratik dan speaker DUN sekarang Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar sebagai penghalang bagi pembaharuannya. Oleh itu, Wong mencadangkan bahawa Asfia yang telah menjadi speaker selama 19 tahun disingkirkan daripada jawatan untuk membolehkan Dewan Undangan Negeri Sarawak menjadi institusi yang lebih demokratik. Wong berkata demikian kepada pemberita hari ini selepas menghadiri prosiding di hadapan Jawatankuasa Hak Keistimewaan DUN Sarawak berhubung aduan melanggar hak keistimewaan parlimen. Beliau berpendapat bahawa satu-satunya cara untuk menyingkirkan Asfia daripada jawatan speaker ialah dengan menukar kerajaan negeri pada pilihan raya negeri akan datang. Sekiranya didapati bersalah, Wong boleh digantung daripada menghadiri sidang DUN Sarawak selama beberapa bulan yang menurut Wong adalah berdasarkan kes-kes pada masa lalu

Tak ada duit, boleh singkir

PETALING JAYA -- Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mempunyai kuasa untuk menyingkirkan mana-mana pasukan didapati tidak mampu meneruskan saingan dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2019, termasuk Perlis FA yang berdepan masalah kewangan. Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata walaupun kesemua tujuh pasukan sudah menghantar semua dokumen diminta pihaknya sebelum tarikh tutup hari ini, MFL masih perlu meneliti kandungan dan kesahihan dokumen tersebut. Beliau berkata ia termasuk menyemak kedudukan kewangan pasukan serta status dan pendaftaran syarikat penaja yang dikemukakan pasukan-pasukan tersebut dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). “Keputusan menyingkirkan pasukan telah dilakukan pada tahun lepas melibatkan kes Kuantan FA dan kita sedar ia perkara yang boleh juga dilaksanakan pada tahun ini. Tetapi, ia perlu mengambil kira banyak perkara dan bukan hanya khabar angin dan maklumat daripada media sosial semata-mata. “Pegawai Pematuhan

Saya nampak kesan kaki di rusuk kanan

SHAH ALAM -- Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu terdapat kesan lebam pada rusuk kanan anggota bomba itu selain kesan tapak kasut di bahagian sama. Anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) R. Narresh, 30, berkata kesan lebam itu dilihat pada bahagian luar rusuk kanan anggota itu kerana ada tanda kemerahan di bahagian sama. "Bila tengok merah, saya ingat ada pendarahan dan saya terus bersiap sedia dengan mengambil baju anggota bomba untuk diikat pada badannya. "Saya juga nampak ada kesan garisan tapak kasut pada rusuk kanan (Muhammad Adib). Saya kemudian lap dan ianya (kesan tapak kasut) hilang," katanya ketika menjawab pertanyaan pegawai pengendali Hamdan Hamzah di hadapan Koroner Rofiah Mohamad di sini hari ini. Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapa

RTM sabotaj menteri PH?

GEORGE TOWN -- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyediakan laporan berhubung dakwaan stesen penyiaran kerajaan itu cuba mensabotaj seorang menteri. Menurutnya, beliau ambil maklum berhubung perkara itu dan menunggu laporan daripada RTM untuk tindakan selanjutnya.     "It was raise last night. I had look at it early this morning. I've asked RTM to give report to me on it and of course once I have the report I will make what is necessary (Ia diutarakan malam tadi, saya telah  melihatnya awal pagi ini. Saya telah meminta RTM memberi laporan kepada saya mengenainya dan sudah semestinya sebaik mendapat laporan itu saya akan lakukan apa yang patut)," katanya pada sidang media selepas melancarkan percubaan pertama pasaran Terragraf di Asia, di sini hari ini. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang pembantu menteri yang mendakwa kemungkinan RTM cuba mensabotaj bosnya. Kenyataan i

Tidak timbul soal tidak sokong UMNO

MARANG -- PAS hari ini menegaskan tidak timbul soal parti itu tidak menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih, berikutan pertemuan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lepas. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan perakuan bertulis yang berbentuk contoh yang diberikan kepada Dr Mahathir dalam pertemuan itu hanyalah komitmen sokongan PAS atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga Pilihan Raya Umum ke-15. Di sebalik sokongan itu, Takiyuddin menegaskan tiada sebarang isu berkenaan perakuan bertulis daripada pihak PAS untuk tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih. PAS berpendirian tidak akan bertanding dalam PRK itu dan memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) dengan tahap komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya berbanding PRK Cameron Highlands lalu.  Katanya, pertemuan yang berlangsung di Yayasan Al Bukhary, Kuala

Dia banyak meragam dan minta perhatian

IPOH -- Permintaan Nur Qhaisara Medina Supian, 2, untuk meminum susu adalah yang terakhir sebelum kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat tertusuk pisau. Ibu mangsa Hana Mazlan, 27, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, dia sedang tidurkan anak bongsunya di ruang dapur rumah di Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau dekat sini sebelum didatangi mangsa yang mahu minum susu. “Semasa minta susu saya cakap dekat dia tunggu sekejap saya tengah buai anak bongsu. Dia (mangsa) kemudian pegi ke neneknya yang juga berada di bahagian dapur sebelum terpijak pinggan. “Dia kemudian jatuh atas pinggan itu sebelum pisau yang berada di atas pinggan tertusuk di bahagian kiri perut. Pisau itu anak saya yang sulung guna untuk potong buah mempelam, saya tak tahu pisau itu ada di situ,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini. Ibu kepada lima orang anak itu berkata dia terus memangku anaknya yang tiba-tiba men