NIBONG TEBAL -- Seorang peniaga alat tulis di Simpang Ampat dekat sini ditahan Rabu lepas kerana disyaki menjadi ketua sindiket memproses dan mengedar dadah dengan menjadikan kedainya di Taman Merak Jaya di sini sebagai makmal memproses dadah. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T. Narenasagaran hari ini berkata peniaga berumur 30 tahun itu ditangkap di rumahnya di Bandar Tasik Mutiara hasil penahanan adik tirinya berumur 29 tahun bersama-sama 5.4kg heroin dalam serbuan pertama pada kira-kira pukul 9.30 malam. “Dalam serbuan pertama itu, adik tirinya yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan ketika berada dalam lorinya. Polis menjumpai heroin dalam lori itu semasa diperiksa,” katanya pada sidang media. Susulan penangkapan itu, polis menyerbu kedai milik peniaga itu di Taman Merak Jaya dan mendapati tingkat atas kedai itu telah dijadikan seperti makmal dipercayai untuk memproses dadah jenis heroin manakala tingkat bawahnya kelihatan seperti kedai alat tulis biasa. Polis jug...