Skip to main content

Posts

Showing posts from February 24, 2019

Jasa Abdul Bari dikenang...

KUALA TERENGGANU -- “Penghargaan yang diterima arwah Abdul Bari mungkin tidak ternilai dengan nyawa dan pengorbanannya, tapi saya dah reda atas pemergiannya, itu adat lah,” kata Mohd Mustafa, bapa kepada Allahyarham Abdul Bari Asyraf, 31. Abdul Bari Asyraf adalah antara enam individu yang bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Terengganu untuk menyelamatkan lima sekeluarga setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki keluarga itu terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan 8 Feb lepas. Bagaimanapun, Abdul Bari ditemukan lemas selepas menyelamatkan lima sekeluarga itu. Hari ini Mohd Mustafa, 66, mewakili arwah bersama lima individu yang lain iaitu Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28; Saiful Anuar Mohd, 37; Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29; Omar Abdul Aziz Othman, 27; dan Shahrul Mizan Harun, 34, menerima sijil penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia Terengganu atas keberanian dan pengorbanan mereka menyelamatkan mangsa dalam kejadian itu. Sijil peng...

10 kali diserbu pun masih beroperasi

KUALA LUMPUR -- Sebuah premis hiburan di Puchong beroperasi tanpa lesen dan telah 10 kali diserbu polis masih meneruskan operasi seperti biasa seolah-olah semua tindakan penguatkuasaan tidak meninggalkan kesan sebelum ini.  Awal pagi ini, premis yang menempatkan pusat karaoke dan pub di tingkat bawah itu sekali lagi diserbu polis Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Seramai 24 pelayan pelanggan (GRO) rakyat asing berusia antara 20 sehingga  30 tahun serta 22 pekerja lelaki, juga rakyat asing, bersama 142 pelanggan ditahan dalam operasi polis yang bermula pada pukul 1 pagi itu. “Premis ini telah menjangkau usia lima tahun dan telah diserbu sebanyak 10 kali oleh polis namun masih berdegil…,” kata Pegawai Turus D7 Selangor DSP Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin kepada pemberita yang mengikuti operasi di sebuah pusat karaoke di Jalan Puteri 1/4, Puchong di sini. Beliau b...

Suspek tipu kerja di Kemboja direman

KUCHING -- Seorang  suspek  dalam kes penipuan   pekerjaan sehingga mengakibatkan    penahanan  47  rakyat  Malaysia di  Kemboja   baru-baru  ini direman selama empat hari mulai hari ini. Permohonan reman ke atas lelaki   tempatan   berusia  35  tahun   itu dibuat oleh pegawai siasastan kes berkenaan ASP Pricha Azin di hadapan Pendaftar Mahkamah Kuching Dora Undau di Mahkamah Majistret di sini. Permohonan   perintah   tahanan   reman  dibuat di  bawah   Seksyen  117  Kanun   Prosedur   Jenayah  untuk melanjutkan siasatan terhadap lelaki yang berbaju kelabu semasa dibawa ke mahkamah. Sementara itu Ketua  Jabatan   Siasatan   Jenayah   Komersil  Sarawak,  Supt   Mustafa  Kamal   Gani  berkata suspek terbabit ditahan dirumahnya. Semalam beliau mengesahkan   penangkapan ...

Tol mansuh selepas ambil alih konsesi

KUALA LUMPUR -- Kerajaan memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.  Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART, kata beliau. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Dr Mahathir berkata kerajaan berhasrat untuk memansuhkan mekanisme tol sedia ada apabila berjaya mengambil alih lebuh raya berkenaan. “Pakatan Harapan telah berjanji dalam manifesto pilihan raya untuk mengambil alih konsesi lebuh raya dan memansuhkan kutipan tol secara berperingkat, mengikut syarat-syarat perjanjian konsesi,” kata beliau. Perdana Menteri berkata sebagai ganti, ‘congestion charge’ atau caj kesesakan akan diperkenalkan di mana pengguna akan hanya dikenakan bayaran caj keses...