SHAH ALAM -- Seorang Pembantu Pegawai Pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memaklumkan kepadanya dia dipukul. Muhammad Ashraff Baruji, 27, berkata Muhammad Adib hanya menunjukkan isyarat dengan menganggukkan kepala ketika ditanya berhubung kecederaan dialaminya. “Ketika itu, Adib tak berbaju. Saya tanya lagi pada Adib. Ada jatuh ke? Dia jawab dengan geleng kepala dan buat isyarat pusing-pusing dengan pergelangan tangan kiri (seperti tidak ada). Saya tanya lagi, Adib ingat kena pukul ke? Dia mengangguk. Sedar-sedar Adib kat mana, dia tunjuk isyarat ke bawah (seperti di sini). Selepas itu, dia mula gerakkan kaki dan tangan. Kemudian, saya cakap kita sambung nanti, Adib rehat dulu. Saya pun beredar,” katanya. Saksi ke-16 itu juga dilihat beberapa kali tidak dapat menahan sebak ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah pada hari ke-10 ...