Skip to main content

Posts

Showing posts from February 27, 2019

Harga runcit maksimum RON95 dikurang kepada RM2.08

PUTRAJAYA -- Had maksimum harga runcit petrol RON95 yang sebelum ini ditetapkan pada paras RM2.20 seliter, dikurangkan kepada RM2.08 seliter, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat jemaah menteri hari ini setelah mengambil kira trend harga sebenar pasaran produk petroleum yang semakin meningkat pada masa ini. "Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter sungguhpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu.  "Sekiranya harga minyak dunia berada di bawah paras tersebut, harga mingguan petrol RON95 akan berada di bawah paras RM2.08," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Menurut Lim, pengurangan paras harga runcit petrol RON95 itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Dalam pada itu, Lim berkata harga runcit RON95, RON97 dan diesel akan terus diumumkan secara mingguan berdasarkan pengiraan Mekanisme Harga Automatik (APM). Pada Janu...

Adib beritahu beliau ditarik di bahu

SHAH ALAM -- Seorang pegawai bomba  hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa arwah Muhammad Adib Mohd Kassim memaklumkan beliau dipukul semasa rusuhan  di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, 27 Nov tahun lalu. Ketua Balai Bomba Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman, 39, berkata Muhammad Adib berkata arwah dipukul menggunakan peralatan, bagaimanapun arwah tidak nampak  peralatan itu.  Syed Shahril berkata arwah mendedahkan maklumat itu menerusi soalan yang dikemukakan kepadanya. Saksi ke-18 itu  berkata beliau menyediakan sebanyak 15 soalan untuk ditanya kepada arwah selepas berbincang bersama pengarahnya. "Saya menanyakan soalan itu kepada arwah pada 12 Dis 2018… sebelum bertanyakan soalan berkenaan, saya mendapatkan kebenaran daripada ayah arwah dan pihak hospital. Ketika itu, arwah kelihatan ceria dan memberangsangkan,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Ha...

Mengaku bersalah cemarkan surau dengan patung sembahan

KLANG -- Seorang buruh, Helmee Othman diperintahkan menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan Perak walaupun dia mengaku bersalah di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini atas satu pertuduhan mencuri patung sembahan dan dua pertuduhan mencemarkan sebuah surau di Pelabuhan Klang minggu lepas. Helmee,38, mengaku bersalah di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman kerana mencuri patung sembahan dan mencemar surau Sabilul Huda, Taman Pandamar Indah Pelabuhan Klang pada 4.15 petang 20 Feb manakala di hadapan Majistret Muhammad ‘Azzam Abidin dia mengaku bersalah mencemar surau yang sama pada 2.45 petang 23 Feb. Bagaimanapun kedua-dua majistret memutuskan adalah tidak selamat untuk menerima pengakuan bersalah tertuduh dan sehubungan itu memerintahkan Helmee dihantar menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Perak selama sebulan. Kedua-dua majistret menetapkan 27 Mac depan untuk sebutan ...

Kebakaran hutan di Gebeng merebak di kawasan lebih 60 hektar

KUANTAN -- Kebakaran hutan di kawasan perindustrian Gebeng di sini yang berlaku sejak petang kelmarin kini semakin merebak merangkumi kawasan seluas 60 hektar, berbanding 40 hektar semalam, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohamad.  Sehubungan itu beliau berkata pihaknya telah memohon bantuan unit udara daripada ibu pejabat JBPM bagi operasi pemadaman tersebut. Setakat ini hanya 20 peratus daripada kawasan terbakar dapat dipadamkan, katanya  ketika dihubungi, di sini hari ini. Menurutnya tumpuan sekarang ialah memastikan api tidak merebak ke Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang terletak kira-kira satu kilometer dari hutan tersebut. Katanya beliau juga telah memohon untuk meminjam pam berkapasiti tinggi daripada JBPM Teren...

Majistret tegur Farid Kamil lewat hadir mahkamah

PETALING JAYA -- Pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari diberi peringatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini agar lebih peka dengan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan berhubung pertuduhan jenayah dan narkotik yang dihadapinya. Majistret Nor Ariffin Hisham membuat teguran itu terhadap Farid Kamil, 38, selepas pelakon itu hadir lewat ke mahkamah pada perbicaraan kes urinnya hari ini. Ketika ditanya Nor Ariffin mengapa dia hadir lewat pagi ini, Farid Kamil memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat makluman agak lambat dari pihak peguamnya yang sedang cuti sakit mengenai perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada hari ini. "Saya minta maaf kerana terlewat hari ini," kata Farid Kamil yang sepatutnya hadir pada jam 9 pagi, namun tiba di mahkamah pada jam 12.30 tengah hari. Nor Ariffin yang mendengar permohonan maaf itu kemudian mengingatkan Farid Kamil bahawa kehadirannya adalah wajib meskipun peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakilinya masih b...

Rafizi bebas tuduhan tohmah Tabung Haji

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli atas tuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji menerusi akaun Facebooknya, tiga tahun lalu. Majistret Umzarul An-Nur Umar membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nadia Zulkefli memaklumkan Jabatan Peguam Negara menerima representasi yang dikemukakan Mohd Rafizi, 42,  pada 24 Jan lalu, untuk menarik balik pertuduhan ke atasnya. “Pendakwaan menerima arahan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Mohd Rafizi, mohon tertuduh dilepas dan dibebaskan,” katanya pada prosiding hari pertama untuk Mohd Rafizi membela dirinya, hari ini. Pada 25 Sept 2018, Mohd Rafizi, yang merupakan Naib Presiden PKR, diperintah membela diri  atas pertuduhan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. Pada 8 April 2016, Mohd Rafizi, mengaku t...

Saksi nampak Adib dipukul

SHAH ALAM -- Seorang saksi awam memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau melihat antara lima hingga enam orang seolah-olah sedang memukul seseorang pada insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, 27 Nov lepas. Nasaruddin Abdullah, 22, berkata, mereka  itu adalah antara 30 orang yang sedang berdiri dalam formasi bulatan mengelilingi seseorang selepas jentera  Fire Rescue Team  (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) meninggalkan lokasi rusuhan. "Saya nampak gerak laku mereka seolah-olah pukul seseorang. Lepas itu saya dengar orang jerit 'polis' dan 30 orang itu  lari dari kawasan tersebut ," katanya ketika menjawab soalan pegawai pengendali inkues Hamdan Hamzah pada prosiding inkues bagi menyiasat kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Beliau berkata demikian dalam bahasa Tamil yang kemudian diterjemahkan dalam bahasa Malaysia oleh jurubahasa mahkamah. Menjawab pert...

Tak mengaku bersalah menghina Nabi

KUALA LUMPUR -- Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua tuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang dikatakan Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Sayidatina Aisyah menerusi akaun Facebook miliknya. Wai Foo Sing, 68,  didakwa telah memuat naik satu hantaran melalui aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil  Facebook “Foo Sing Wai” yang mana tindakan itu  berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan agama di antara kumpulan yang beragama Islam dengan bukan beragama Islam di seluruh negara. Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 5 petang, 17 Feb lepas dan hantaran itu  telah dibaca pada 18 Feb lepas pada 12 tengah hari di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27 , Menara KPJ, Wangsa Maju Wai didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Ke...

Kementerian Pendidikan nafi tak sambung kontrak syarikat kawalan keselamatan

KUALA LUMPUR -- Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bahawa kementerian tidak menyambung kontrak syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang tamat tempoh pada 31 Dis lepas. Dalam satu kenyataan, KPM menegaskan kesemua kontrak yang tamat tempoh itu telah ditender semula mengikut keperluan semasa, norma baharu kementerian. "KPM tidak pernah menganiaya mana-mana pihak dalam perkara ini dan tidak pernah menamatkan perkhidmatan 12,000 pengawal keselamatan seperti yang didakwa PIKM. "Kontrak yang ditender semula disertai oleh syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan berdasarkan keperluan semasa seperti bilangan syif dan pekerja," kata kenyataan itu. KPM berkata syarikat yang pernah mendapat kontrak daripada kementerian sebelum ini juga menyertai proses tender...