Skip to main content

Posts

Showing posts from February 28, 2019

Sebagai orang Islam kenyataan Satim Diman tidak patut

SEMENYIH -- Ketua UMNO Bahagian Puchong,  Datuk Mohamed Satim Diman diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang didakwa telah mengaitkan kematian empat wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebagai amaran daripada Allah. Adibah Ahmad, balu kepada bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, berkata sebagai seorang yang bergelar pemimpin beragama Islam, Mohamed Satim tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan biadap yang mengguris hati keluarga wakil rakyat yang sudah meninggal dunia. Bercakap pada sidang media di sini hari ini sebagai mewakili keluarga tiga lagi bekas ADUN Selangor, beliau berkata mereka akan berbincang mengenai tindakan seterusnya sekiranya Mohamed Satim berdegil dan tidak menginsafi akan kenyataannya. “Kami sedih dan amat terkilan kerana dalam saat kami masih merasai keh...

Pemimpin kerajaan masih bersikap pembangkang

PUTRAJAYA -- Sesetengah pemimpin kerajaan Pakatan Harapan hari ini harus mengubah cara pemikiran sosialis mereka dan tidak terus mengecam sistem kapitalis, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata kerajaan hari ini merupakan mereka yang berada lebih 60 tahun di barisan pembangkang dan ada sesetengah mereka masih bersifat pembangkang. "Umpamanya pembangkang kadang-kadang ada yang bersifat sosialis dan mereka menganggap peniaga sebagai kapitalis yang perlu ditentang kerana kapitalis ini perosak yang menekan pekerja dan rakyat," katanya ketika berucap pada Sesi Pemukiman Kerajaan Negeri Johor bersama Kepimpinan Kerajaan Persekutuan di sini hari ini. Namun, menurut  Dr Mahathir apabila sudah menjadi kerajaan, mereka tidak seharusnya mengecam sistem kapitalis tersebut kerana sistem itu yang memperkayakan negara dan negeri- negeri. "Merekalah yang melabur dengan modal mereka, mendirikan perniagaan dan perusahaan, menyediakan pekerja...

FGV catat kerugian RM1.080 billion

KUALA LUMPUR --  FGV Holdings Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM1.080 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2018, berbanding keuntungan bersih RM130.928 juta yang direkodkan pada 2017. Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini juga mengumumkan hasil susut kepada RM13.467 bilion pada 2018 daripada RM16.921 bilion yang dicatatkan dalam tahun kewangan 2017. Keputusan kumpulan tersebut juga terjejas teruk oleh susut nilai dan harga purata minyak sawit mentah (MSM) rendah pada RM2,282 setan metrik bagi tahun itu.  Tiada dividen dibayar semasa suku tersebut yang berakhir pada 31 Dis, 2018.  Dalam satu kenyataan berasingan, FGV berkata ia merekodkan kerugian sebelum zakat dan cukai (LBZT) sebanyak RM1 bilion berbanding keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM403 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh bahagian besar susut nilai dan peruntukan yang be...

Papagomo mengaku tidak bersalah aib dan datangkan kecederaan

KAJANG -- Pengendali laman blog Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mengaibkan  dan mendatangkan kecederaan terhadap Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu insiden pada hari  penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)  Semenyih, dua minggu lepas. Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36  yang juga Exco Pemuda UMNO membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah. Mengikut pertuduhan pertama, Wan Muhammad Azri selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut “ko bodoh” bagi maksud mengganggu kesantunannya. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian  pada 11.05 pagi, 16 Feb lalu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan y...

Subsidi jemaah haji kali pertama dan rayuan kekal

KUALA LUMPUR -- Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan untuk menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Mujahid dalam kenyataan media hari ini berkata keputusan itu dicapai selepas beberapa perbincangan bersama Lembaga Pengarah TH. “Keputusan Lembaga Pengarah TH ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan TH bagi tahun 2019. “Justeru, dengan pengumuman terbaharu ini, kos tanggungan TH untuk musim haji tahun ini ialah sekitar RM400 juta,” katanya. Mujahid berkata sebelum ini pelbagai dakwaan mengelirukan timbul terutama berhubung isu kos jemaah yang membuat rayuan haji meskipun pada masa itu perkara ini belum dimuktamadkan. Pada 14 Feb lepas, Mujahid mengumumka...

Satim Diman dangkal dan guris hati

SHAH ALAM -- Ketua UMNO Bahagian Puchong Datuk Mohamed Satim Diman digesa menarik balik kenyataannya berhubung kematian wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebagai amaran daripada Allah supaya rakyat Malaysia memilih parti yang tepat. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata kenyataan yang sangat tidak wajar itu telah disampaikan oleh bekas ketua pembangkang Selangor tersebut ketika memberi ceramah umum BN dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih (malam tadi). “Saya percaya kenyataan yang dangkal itu telah mengguris hati keluarga empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang telah kehilangan insan yang mereka cintai. “Justeru, saya menggesa Datuk Mohamed Satim Diman untuk menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepada anggota keluarga empat wakil rakyat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Menurut Borhan, sebagai seorang ahli politik beragama Islam, Mohame...

Strategi kepung api dan pembanjiran kawal kebakaran di Gebeng

KUANTAN -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berjaya memadamkan 70 peratus daripada 60 hektar kawasan kebakaran hutan di kawasan perindustrian Gebeng di sini yang berlaku sejak Isnin lepas.  Pengarahnya Nor Hisham Mohamad berkata strategi membina empangan dan menaikkan paras air di kawasan kejadian, berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan lain sekaligus membantu bomba memadam kebakaran.  "Strategi awal mengepung api di dalam petak utama dan melakukan pembanjiran menyeluruh di kawasan hutan nampaknya berkesan dalam memadam kebakaran yang memasuki hari keempat pada hari ini, "Kita menggunakan kombinasi taktikal iaitu menaikkan paras air secara menyeluruh dengan membina empangan selain pemadaman secara terus oleh anggota," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Nor Hisham berkata penggunaan dua pam berkapasiti tinggi termasuk satu yang dipinjam daripada JBPM Terengganu sejak semalam, memastikan bekalan air dapa...

PAS bayar Editor Sarawak Report RM1.4 juta, kata Anwar

SEMENYIH -- PAS membayar RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle Brown membabitkan kes penyelesaian luar mahkamah antara Editor Sarawak Report itu dan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, demikian kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden PKR itu mendakwa beliau mempunyai penyata bank yang membuktikan PAS membayar jumlah itu bagi menyelesaikan kes saman di luar mahkamah. “Kalau PAS hendak cabar saya, saya akan tunjuk kenyataan bank. Bank mana nantilah, jumlahnya RM1.4 juta," katanya ketika berucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Semenyih Central di sini, malam ini,. Anwar, bagaimanapun, tidak menyatakan secara terperinci berhubung perkara itu termasuk institusi bank terbabit tetapi berkata beliau sanggup diheret ke mahkamah sekiranya PAS ingin mencab...