Skip to main content

Posts

Showing posts from March 6, 2019

Ahli Parlimen Bukit Gantung nafi letak jawatan

TAIPING, 6 Mac (Bernama)  -- Bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menolak spekulasi bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Anggota Parlimen Bukit Gantang. Sebaliknya, wakil rakyat Bebas itu menegaskan akan terus memberi khidmat kepada penduduk di kawasan Parlimen itu. “Saya tidak pernah terfikir untuk meletakkan jawatan pada masa ini dan akan terus komited meneruskannya melalui pelbagai inisiatif diambil oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang kepada rakyat di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi. Syed Abu Hussin, yang keluar Barisan Nasional (BN) dan UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang bertiup kencang dalam kalangan penduduk di kawasan Parlimen berkenaan kononnya beliau akan meletakan jawatan itu. Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohd Kamaruddin Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, b

Hukum ambil vaksin adalah harus walaupun meragukan

KUALA LUMPUR -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pembinaan kilang vaksin halal pertama di negara ini bermaksud vaksin digunakan selama ini tidak sah daripada hukum syarak. Beliau berkata berbeza dengan makanan yang memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), vaksin pula diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "Apabila bercakap tentang vaksin, kita bercakap berkenaan kandungan digunakan. Ia tidak termasuk di bawah Jakim sebaliknya ada akta lain di bawah farmasi.  "Walaupun vaksin mempunyai elemen meragukan, hukumnya adalah harus kerana pengambilannya penting demi kemaslahatan ummah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kad Rawatan Asnaf dan Kad Ibu Susuan di Hospital Pusrawi. Sehubungan itu, Fuziah berkata pembinaan kilang vaksin halal pertama di negara ini adalah sebagai satu langkah alternatif, sekali gus menjadi sumbangan terb

Khazanah leaving tolled highway discussions to PLUS

KUALA LUMPUR -- Khazanah Nasional Bhd leaves it to PLUS Expressway Bhd to handle the discussions on the proposed acquisition of tolled expressways by the government. Khazanah managing director Datuk Shahril Ridza Ridzuan said as an intercity tolled highways, PLUS provides alternatives to road users. “From our point of view, we understand (that) part of the reasons is that the priority right now is that some of those highways (being negotiated by the government) basically, are perceived to be ones causing the public difficulties in the sense that they provide no alternatives. “PLUS by comparison has plenty of alternatives for users. You don’t necessarily have to use PLUS. We actually see people are making choices whether they want to use PLUS and pay for the convenience or basically use the upgraded further roads,” he told reporters after presenting the Khazanah Annual Review 2019 here today.  “From Khazanah’s point of view as shareholder of PLUS, I think we wil

Nilai Ringgit merosot kepada 4.1500 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR -- Ringgit dijangka akan melemah kepada paras 4.1500 berbanding dolar US menjelang hujung tahun ini memandangkan mata wang tempatan itu agak sensitif kepada pertumbuhan ekonomi China, kata seorang penganalisis. “Bagaimanapun, pengukuhan eksport Malaysia dijangka meminimumkan kelemahan ringgit kerana kita adalah satu-satunya negara yang tidak banyak terdedah kepada tekanan eksport.  "Negara ini juga mendapat manfaat daripada lencongan perdagangan berikutan krisis perdagangan Amerika Syarikat-China," kata Pengarah Bank of America Merrill Lynch, Rohit Garg pada perbincangan panel semasa Pameran dan Persidangan Unjuran Harga Minyak Sawit dan Laurik 2019 (POC 2019). Malahan, ini dapat dibuktikan melalui eksport elektrik dan elektronik Malaysia yang telah berprestasi mantap. "Bagi Malaysia, keadaan telah berubah menjadi lebih baik berbanding dengan apa yang saya ramalkan. Saya tidak menjangkakan ringgit akan menjadi terlalu lemah," ka

Saya boleh dibuang - Nazri Aziz

KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Majlis Tertinggi BN untuk membuat keputusan. Mohamed Nazri turut mengumumkan bahawa beliau tidak akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) BN Jumaat ini setelah parti-parti komponen MCA dan MIC mengugut untuk tidak akan menghadirinya sekiranya beliau hadir. "Saya tidak akan meletakkan jawatan, saya tidak mahu orang melihat saya...sebagai telah mengabaikan BN, biarlah mesyuarat itu yang memutuskan. Saya dilantik (sebagai setiausaha agung) dan saya boleh dibuang (jawatan ditarik balik). "Saya mahu MCA dan MIC hadir meysuarat itu dan membentangkan resolusi mereka, justeru saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak akan hadir mesyuarat itu," katanya pada sidang media di ibu pejabat BN di Menara Dato’ Onn di sini hari ini. Media semalam melaporkan MCA dan MIC dala

Kastam rampas dadah bernilai RM5 juta

KOTA KINABALU -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 100 kilogram syabu bernilai kira-kira RM5 juta dan menahan seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Penampang, 21 Feb lepas. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata lelaki berumur lingkungan 40-an itu ditahan oleh sepasukan anggota Penguatkuasaan Kastam Kota Kinabalu kira-kira pukul 2.15 petang. “Ketika ditangkap lelaki berkenaan sedang berdiri di luar sebuah premis bersama beberapa kotak  mengandungi plastik yang berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu. “Hasil siasatan mendapati dadah berkenaan akan disorokkan di dalam botol ‘protein’ yang kemudiannya  diposkan di Kota Kinabalu ke satu lokasi yang belum dikenal pasti dengan menggunakan perkhidmatan kurier,” katanya. Beliau berkata rampasan berkenaan adalah yang terbesar oleh Kastam Sabah sejak tiga tahun lepas. “Kini kita sedang membuat siasatan lanjut mengenai kes berken

Lapan pegawai penjara ditahan terima suapan RM120,000

GEORGE TOWN -- Lapan pegawai penjara dan seorang pemandu kenderaan wanita warga asing direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima wang suapan berjumlah RM120,000. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Jenayah George Town Muna Maria Azmi bermula hari ini hingga Isnin depan selepas membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) . Kesemua individu berkenaan yang disiasat mengikut  Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dibawa ke bilik reman di sini pada pukul 10.35 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM. Semalam, kesemua pegawai penjara yang berusia antara 25 dan 44 tahun itu ditahan SPRM  di sekitar Pulau Pinang , Kedah dan Pahang antara pukul 9.45 pagi dan 10.30 pagi kerana dipercayai menerima wang suapan itu daripada  pemandu kereta sapu warga Indonesia itu yang berusia 45 tahun. Pemandu tersebut dikatakan memberi wang suapan itu sebagai balasan supaya peg

Penyeludup terperangkap sanggup rempuh polis

TUMPAT -- Seorang penyeludup bertindak agresif merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) polis secara mengundurkan kereta Proton Wira yang dipandunya ketika dia hendak ditahan polis dalam satu kejadian Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Ab Rashid Mat Daud berkata kejadian berlaku di Kampung Kuala Jambu, di sini pada 9.45 malam, Isnin lepas. Penyeludup itu bertindak demikian selepas keretanya tersesat di jalan mati setelah terbabas akibat dikejar MPV polis itu sejauh 5km dari Wakaf Zin di sini, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat. Beliau berkata kejadian berawal dari sepasukan anggota MPV yang membuat rondaan di Wakaf Zin dekat Cabang Empat, Tumpat, terserempak dengan sebuah Proton Wira yang mencurigakan. "Anggota MPV mengarahkan pemandunya berhenti, namun (kereta itu) terus dipecut laju dan memasuki lorong ke arah Kuala Jambu. "Kenderaan itu kemudiannya terbabas sebaik tiba di jalan mati dan pemandu bert

Permohonan Khalid Samad ditolak

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad untuk membatalkan penyataan pembelaan difailkan Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM) Wan Asshima Kamaruddin. Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Muhammad Rafiqree Hamka, yang mewakili Khalid selaku plaintif dan peguam Wan Rohimi Wan Daud bertindak bagi pihak Wan Asshima yang dinamakan sebagai defendan. Ketika ditemu media, Wan Rohimi memberitahu bahawa mahkamah menolak permohonan Khalid  dengan kos RM3,000 dan menetapkan 9 April untuk pengurusan kes. Peguam Muhammad Rafiqree Hamka berkata Khalid akan mempertimbangkan sama ada memfailkan rayuan atau tidak. Ketika ditanya apakah alasan mahkamah menolak permohonan anak guamnya,  Muhammad Rafiqree berkata mahkamah berpendapat perbicaraan perlu dijalankan dalam kes saman itu. Khalid, 62, memfailkan permohonan itu November tahun lep