Skip to main content

Posts

Showing posts from March 7, 2019

ADUN Sungai Manik nafi akan menggantikan Ahmad Faizal

IPOH -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharudin menafikan dakwaan kononnya beliau dipanggil menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menggantikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau berkata dakwaan itu berniat jahat dan pada masa yang sama mahu merenggangkan hubungannya dengan Ahmad Faizal.  "Secara peribadi saya tidak ada tekanan dengan apa yang ditularkan termasuk yang terkini (kononnya) saya menghadap tuanku (untuk dilantik Menteri Besar), semuanya pada saya tidak benarlah.  "Kalau mendapat sesuatu berita ataupun perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri, adalah lebih baik ia dirujuk kesahihannya kepada individu yang berkenaan," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.  Sebelum ini, sebuah blog mendakwa Zainol Fadzi yang juga Penasihat Menteri Besar Perak, menghadap Sultan Na...

Penjara 17 tahun sebab memandu mabuk dan akibatkan empat mati

TAWAU -- Seorang eksekutif pengurusan, dihukum penjara 17 tahun dan denda RM39,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan empat mati dan seorang cedera parah di Jalan Chong Thien Vun dekat sini, pada Julai tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap Olivia Chong Oi Yun, 35 selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Dalam keputusannya, Awang Kerisnada berkata hukuman itu mewakili kepentingan awam serta denyut nadi keluarga mangsa yang kehilangan anak serta suami akibat kemalangan tersebut. "Tertuduh merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab kerana perbuataannya minum alkohol sehingga mabuk menyebabkan kemalangan berlaku pada jam 1.20 pagi, yang mana ketika itu tidak banyak kereta di jalan raya dan dalam kes ini ada lima mangsa, dengan empat terbunuh seorang cede...

Denda RM7,000 muat naik gambar aib kenalan di Facebook

PETALING JAYA -- Seorang wanita warga Thailand yang sedang hamil empat bulan dijatuhi hukuman denda RM7,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memuat naik gambar bogel kenalannya di laman sosial Facebook, Ogos tahun lalu. Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Miss Sirirat Pichetwanich, 33, selepas dia mengekalkan pengakuan bersalahnya pada hari ini selepas pertuduhan dibacakan semula terhadapanya dalam Bahasa Inggeris. Miss Sirirat didakwa menggunakan aplikasi Facebook dengan nama samaran 'IamthebonusIamthebonusiamthebonus' secara sedar memuat naik gambar bogel kenalan wanitanya yang juga warga Thailand dengan kapsyen yang bertujuan untuk mengaibkan wanita itu. Kesalahan itu dilakukan di Kelab King Way, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur,  pukul 2.00 pagi, 23 Ogos 2018 mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan huku...

Selamat Datang ke Taiping bandar lestari ketiga terbaik dunia

TAIPING -- Selepas tersenarai sebagai antara 100 Destinasi Lestari Terbaik 2018,  bandar warisan Taiping sekali lagi mengharumkan nama Perak khususnya Malaysia selepas dinobatkan bandar ketiga terbaik di dunia menerusi Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2019 yang berlangsung di ITB Berlin, Jerman, semalam. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata beliau berasa gembira dengan kejayaan dicapai dan ia adalah kejayaan bersama seluruh komuniti termasuk agensi terbabit dalam memastikan kelestarian bandar itu. Katanya, anugerah berprestij dan bertaraf dunia itu pertama kali diterima bandar berkenaan walaupun sebelum ini sudah menerima beberapa anugerah lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya ‘Best Destination Manager 2016’ yang dianugerahkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Bandar Raya Asia Pasifik dan an...

Demografi pengundi DUN Ranrau beri kelebihan kepada PH

SEREMBAN -- Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang besar untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan 13 April depan memandangkan demografi pengundi di kawasan itu tidak sama dengan DUN Semenyih, Selangor. Pengerusi PH Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata dengan strategi yang telah dirangka berserta calon boleh menang, PH mampu menawan kerusi yang dianggap kubu kuat UMNO tersebut. “Kita kena lihat dalam politik ini kita tidak bergantung kepada persepsi sahaja tapi kita kena lihat demografi dan geografi di sesuatu tempat. Kita tahu pengundi-pengundi di sesuatu tempat itu tidak sama bilangannya, di samping itu juga kita melihat potensi di Rantau adalah tidak sama di Semenyih. “Jadi bagi saya PH yang turun sebagai ‘underdog’ akan turun sebagai pesaing dan ki...

Lima projek utama dan besar untuk Kelantan

KOTA BHARU -- Kelantan bakal mendapat limpahan pembangunan apabila lima projek utama akan diberi keutamaan oleh kerajaan Persekutuan untuk disiapkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata lima projek tersebut adalah Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, laluan baharu antara Pasir Puteh-Machang-Jeli, Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dan Jambatan Palekbang-Kota Bharu. Beliau berkata kesemua projek tersebut telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempengerusikan mesyuarat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebelum ini. “Kami memutuskan projek ini perlu diberi keutamaan untuk disiapkan,” katanya kepada pemberita selepas buat pertama kali mempengerusikan Mesyuarat Majlis  Tindakan Negeri...

Kami rugi, hentikan monopoli Bernas

ALOR SETAR -- Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) menggesa kerajaan supaya lebih prihatin terhadap operasi mereka yang kini semakin tenat, di samping terpaksa berdepan dengan pelbagai kemelut akibat monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dalam sektor itu. Yang Dipertua PPBMM, Mohamad Termizi Yop berkata daripada 203 kilang beras sebelum ini, hanya tinggal 15 sahaja yang masih beroperasi di Perak, Kedah dan Perlis. Beliau berkata pengilang beras Melayu yang masih beroperasi kini bagaimana pun berhadapan pelbagai isu antaranya dibelenggu hutang dengan pihak bank dan Bernas, selain turut berhadapan dengan tindakan mahkamah oleh Bernas kerana gagal melunaskan hutang mereka. “Jualan beras kilang swasta kepada Bernas adalah sebanyak RM2,000 satu tan, sedangkan kos yang ditanggung kilang adalah RM2,080 satu tan, kami menanggung kerugia...

Pengsan dan muntah terhidu gas kimia

JOHOR BAHRU -- Seorang pelajar lelaki dilaporkan pengsan manakala lima lagi muntah-muntah dipercayai terhidu gas kimia di kawasan Taman Pasir Putih, dekat Pasir Gudang, pagi ini. Timbalan Ketua Zon 1 Penguasa Bomba Lokman Hakim Sulaiman berkata menurut laporan awal kebocoran gas dan tumpahan bahan kimia itu yang diterima pihaknya pada 5.15 pagi tadi, terdapat bau yang disyaki gas kimia di kawasan sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang. "Hasil pemeriksaan terdapat kesan bahan kimia. Gas yang dikesan adalah jenis metana. Pengosongan kawasan telah dilakukan dalam jarak 500 meter melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Kedua-dua sekolah berkenaan mempunyai kira-kira 1,400 pelajar dan guru. Pelajar yang pengsan telahpun dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan.