Skip to main content

Posts

Showing posts from March 11, 2019

Hormati undang-undang dalam kebebasan bersuara

KUALA LUMPUR -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah prinsip keterbukaan dan kebebasan bersuara di negara ini perlu dipraktikkan dalam lingkungan undang-undang dan norma kehidupan bermasyarakat. Seri Paduka bertitah, penggunaan media terutama media sosial secara tidak bertanggungjawab boleh mengancam nilai-nilai murni yang berlandaskan agama dan prinsip moral masyarakat. Perkara ini, titah Seri Paduka, perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa. "Agensi-agensi penguatkuasa hendaklah bertindak tegas terhadap sebarang sebaran media sosial yang melanggar undang-undang," titah Sultan Abdullah ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.  Yang turut berangkat ke istiadat pembukaan itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Az...

Siti Aisyah dilepas daripada pertuduhan membunuh

SHAH ALAM -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam. Hakim, Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Tinbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad menarik balik pertuduhan ke atas Siti Aisyah, 26, warga Indonesia mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah. "Mahkamah berpuas hati dengan kes prima facie terhadap Siti Aisyah di,bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Kes-kes yang dirujuk peguam ada yang sudah bermula, ada yang bermula tapi belum sampai peringkat penghujung. "Dalam kes ini pula, pihak pendakwaan berhasrat untuk menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh. Maka, Siti Aisyah dilepaskan yang tidak terjumlah kepada pembebasan," kata hakim itu. Terdahulu, Muhamad Iskandar memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan berhasrat untuk menarik balik pertuduhan terhadap Siti...

Caj pencemaran 20 sen di KL, Putrajaya, Labuan

PUTRAJAYA -- Caj pencemaran sebanyak 20 sen akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan mulai 15 Mac ini. Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berkata caj berkenaan selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengatasi masalah pencemaran sisa plastik melalui Pelan Hala Tuju Ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).  "MESTECC turut membenarkan semua kerajaan negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengenakan caj pencemaran sebanyak RM0.20 kepada setiap beg plastik yang digunakan oleh pengguna semasa membeli-belah. "Caj tersebut hanya boleh dikenakan ke atas setiap beg plastik biodegradasi manakala tindakan penguatkuasaan diteruskan kepada peniaga dan penjaja yang masih menggunakan beg plastik konvensional," kata dalam satu kenyataan. Jelas Khalid, pendekatan berkenaan bertujuan untuk memberi kesedaran dan perubahan minda kepada seluruh rakyat ...

Mualaf dijel tujuh tahun, denda RM10,000 hina Nabi

KUALA LUMPUR -- Seorang penganggur dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan memuat naik kenyataan hinaan itu di laman Facebooknya, Februari lalu. Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, seorang mualaf, setelah tertuduh mengekalkan pengakuan bersalahnya hari ini yang ditetapkan untuk fakta kes dan jatuh hukum. Dalam penghakimannya, Hasbullah berkata perbuatan tertuduh yang  membuat penghinaan menyentuh agama khususnya agama Islam adalah serius dan mencabar Perlembagaan Persekutuan. “Perlembagaan Persekutuan mengatakan agama Islam adalah agama persekutuan, perbuatan kamu benar-benar mencabar Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara kita. Kamu bertuah kerana dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang hanya memperuntukkan hukuman penjara maks...