Skip to main content

Posts

Showing posts from March 13, 2019

Bekas tukang masak didakwa kes job scam di Kemboja

KUCHING – Seorang bekas tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret 3 Kuching hari ini atas pertuduhan menawarkan pekerjaan yang tidak wujud di Kemboja. Tertuduh Chang Ying Shiong, 24, membuat pengakuan itu selepas  pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Faelly Jeffry Lanjungan. Mengikut pertuduhan, Chang didakwa memperdaya Chong Jun Kong dengan menawarkan pekerjaan sebagai tukang masak di luar negara. Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada Oktober 2018, di MJC Batu Kawah. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 415 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 akta sama yang membawa penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan dua orang penjamin manakala pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan 25 Mac untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya ...

Tak berlaku kerajaan campuran BN-PAS di Kelantan

IPOH -- Semua pihak termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang di negeri ini diminta menghentikan spekulasi kononnya kemungkinan berlaku kerajaan campuran antara Barisan Nasional dan PAS di Perak, kata Menteri Besar Perak. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata semua pihak seharusnya tidak berterusan bercakap mengenai perkara itu, sebaliknya memberi perhatian kepada usaha untuk membangunkan negeri dan berkhidmat kepada rakyat. "Tolong la berhenti (cerita) politicking, sekarang ini masa kita buat kerja, fokus kepada tanggungjawab hakiki kita sekarang. Cerita ini memang seronok dimainkan di media sosial tapi tidak bawa apa-apa keuntungan kepada usaha untuk bangunkan negeri dan beri perkhidmatan kepada rakyat,” Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai spekulasi kononnya ...

Sultan Johor murka pencemaran buangan sisa kimia

JOHOR BAHRU -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang. Baginda, yang kesal dengan insiden itu bertitah, pihak berkuasa perlulah melakukan siasatan secara menyeluruh sekaligus mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab. Sultan Johor dalam masa yang sama turut melahirkan penghargaan terhadap pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mereka yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI).  “Disebabkan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malah ada yang bertarung nyawa dalam ICU! “Ini adalah rakyat saya dan saya tidak akan membenarkan perkara ini melarat. Saya menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untu...

Kelindan teresak-esak dihukum penjara enam tahun

PETALING JAYA -- Seorang kelindan lori menangis teresak-esak selepas dijatuhi hukuman penjara enam tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak seorang pekerja sebuah stesen minyak menggunakan parang, bulan lalu. Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Irwan Mohd Nazli, 27, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan merompak  menggunakan parang sebagai senjata ke atas pekerja Caltex, Uweltho Barahin, 24 dan merampas wang tunai berjumlah RM2,500 milik stesen minyak itu. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu dari tarikh tangkap pada 8 Feb lalu. Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh yang bersenjatakan parang telah meluru masuk ke dalam kedai serbaneka stesen minyak tersebut dan meminta semua wang yang ada berjumlah RM2,500 sambil mengacukan parang kepada mangsa yang berada di kaunter juruwang. Mangsa yang takut hanya mengikut  kata-kata tertuduh yang...

Panas melampau, empat daerah di Kelantan dalam bahaya

KOTA BHARU -- Empat jajahan di Kelantan -- Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah -- mencatat bacaan suhu panas peringkat berjaga-jaga, iaitu sekitar 35 hingga 37 darjah Celsius bermula semalam, kata Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Rabiah Zakaria. "Daripada pemantauan yang dilakukan semalam, jajahan Kuala Krai mencatat bacaan suhu sekitar 37 darjah Celsius, sekali gus menjadi  jajahan paling panas di Kelantan setakat ini manakala tiga lagi jajahan iaitu Gua Musang, Jeli dan Tanah Merah, melebihi 35 darjah Celsius," katanya. Rabiah berkata bulan Mac merupakan penghujung Monsun Timur Laut dan kebanyakan tempat lazimnya kurang menerima hujan bagi tempoh yang lebih panjang menyebabkan cuaca panas dan kering. Katanya, lazimnya cuaca panas akan mula berkurangan apabila berlaku peralihan monsun pada bulan April sebelum memasuki Monsun Barat Daya bermula Mei. Bagaimanapun, katanya, sebagai langkah berjaga-jaga, Jabatan Meteorologi akan terus memb...

Afidavit Hakim Hamid Sultan bersifat menghina dan melampau

KUALA LUMPUR -- Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum memfailkan permohonan untuk memadamkan sebahagian afidavit sokongan yang diikrarkan Hakim Mahkamah Rayuan,  Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer kerana ia melampau, bersifat menghina dan adalah satu serangan  kepada Badan Kehakiman. Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili Ketua Hakim Negara memberitahu pemberita bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan itu pada 7 Mac lepas dengan alasan bahawa afidavit itu  melampau, bersifat menghina, tidak berkaitan dan hanya bersifat dengar cakap. “Ia juga satu serangan ke atas Badan kehakiman secara keseluruhan,” katanya selepas pengurusan kes berkenaan di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Firuz Jaffril di sini hari ini. Suzana berkata mahkamah menetapkan 3 April untuk pengurusan kes itu. Pada 14 Feb lepas, Hamid Sultan meng...

Perlombongan bauksit masih kekal diarah henti operasi

KUALA LUMPUR -- Aktiviti perlombongan dan eksport bauksit di Kuantan, Pahang tidak boleh beroperasi semula walaupun selepas tamat tempoh moratorium kegiatan itu pada 31 Mac ini.  Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, ini kerana arahan pemberhentian operasi bauksit yang dikeluarkan pada Januari 2016 seperti termaktub di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 masih berkuatkuasa.  “Arahan pemberhentian operasi perlombongan hanya akan ditarik balik setelah semua pihak bersedia mengikut prosedur operasi standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Negeri Pahang bagi menjamin aktiviti perlombongan mampan.  “Kementerian saya telah pun mengambil tindakan untuk memantapkan SOP itu yang akan mengenakan syarat ketat yang merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Parlimen. Sementara itu, Dr Xavier berkata satu sesi pendengaran awam bersama s...