BATU GAJAH -- Empat sekeluarga ditahan kerana mencuri pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan kira-kira RM900 di sebuah pasar raya di Pusing di sini, Rabu. Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata keluarga berkenaan terdiri daripada seorang wanita berumur 38 tahun dan dua anak lelakinya masing-masing berusia 17 dan 19 tahun serta ibu wanita tersebut berumur 60 tahun. Katanya keempat-empat suspek berkenaan ditahan pukul 6.30 petang, hanya kira-kira setengah jam selepas melakukan jenayah tersebut. "Penyelia pasar raya yang membuat laporan polis memaklumkan, semasa sedang bertugas kira-kira pukul 6 petang, satu keluarga terdiri daripada dua wanita dan dua lelaki masuk ke dalam kedai dan pergi ke ruangan keperluan dapur sebelum mengambil beberapa jenis barangan. "Selepas itu semua mereka terus keluar tanpa membuat bayaran di kaunter dan melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Proton Saga warna putih melalui Jalan Pusing Ke Ja...