KUALA LUMPUR -- Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Anggota Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar tidak mengendahkan arahan keluar dari persidangan dewan yang diputuskan Timbalan Yang Dipetua Dewan Rakyat Nga Kor Ming. Timbalan Yang Dipetua Dewan Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mempengerusikan majlis mesyuarat ketika itu telah membacakan sekali lagi arahan tersebut selepas melihat Noh masih berada di dalam dewan, namun Noh bangun dan mempersoalkan hukuman tersebut. Nga mengarahkan Noh keluar dari persidangan dewan itu selama tiga hari bermula hari ini di bawah Perkara 43 dan 44 Peraturan Mesyuarat berikutan tingkah laku Noh yang melemparkan tuduhan terhadap institusi Speaker serta mendakwanya tidak layak memegang jawatan itu pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. Beberapa Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional termasuk Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Ismail Mohame...