Skip to main content

Posts

Showing posts from March 20, 2019

Projek ECRL akan diteruskan tanpa dibebani hutang yang besar

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan pada skala yang sesuai apabila rundingan semula projek itu dengan China dimuktamadkan. Beliau memberi bayangan proses rundingan itu akan mengambil sedikit masa lagi. "Kerajaan telah melantik Tun Daim Zainuddin sebagai Utusan Khas Perdana Menteri bagi mengetuai proses rundingan semula ECRL dengan China supaya penyelesaian ‘win-win’ dapat diperoleh. Hasil rundingan ini akan dimaklumkan apabila dimuktamadkan sedikit masa lagi. "Jika rundingan semula ini berhasil, kerajaan yakin projek ECRL akan diteruskan pada skala yang sesuai dengan manfaat yang bakal dijana oleh rakyat dan menyelamatkan Malaysia daripada beban hutang yang tinggi," katanya di Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai status terkini projek ECRL dan sama ada kerajaan akan meneruskan projek berkenaan. Perdana

Land swap Mindef bertentangan dengan peraturan kewangan

PUTRAJAYA -- Laporan Akhir Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan ke atas Perlaksanaan 'Land Swap' di Kementerian Pertahanan dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) hari ini menunjukkan bahawa kaedah land swap yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu bertentangan dengan peraturan kewangan. Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan itu juga mengenalpasti kes-kes 'land swap' yang tidak mengikut tatacara perolehan kerajaan dimana kaedah land swap itu dilaksanakan bagi tujuan penambahan pengundi di kem-kem tentera ketika pilihan raya. Menghuraikan laporan jawatankuasa itu selepas mempengerusikan mesyuarat JKKMAR di Perdana Putra di sini hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kem-kem itu dibina untuk pilihan raya supaya askar-askar boleh ditempatkan di kem-kem tersebut dan mengundi di kawasan tertentu. "Ini adalah satu kesalahan. Kita

Cuaca panas, kambing pun perlu mandi

KULIM -- Umum mengetahui kambing termasuk dalam kalangan haiwan yang takut air dan tidak suka mandi, namun seorang penternak di Kampung Sungai Seluang di sini terpaksa memandikan haiwan peliharaannya setiap hari ekoran cuaca panas yang membuatkan kambingnya itu kelihatan kurang bermaya.  Muhammad Iqbal Ahmad, 25, yang mula menternak kambing sejak tiga tahun lalu itu berkata ini kali pertama cuaca panas memberi kesan kepada ternakannya. "Selalunya saya mandikan kambing pada waktu tengahari antara jam 12 atau pun 1 tengahari, kerana waktu ini cuaca memang panas. "Selepas bagi mandi, saya boleh nampak kambing kembali segar dan aktif seperti selalu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladangnya di sini. Muhammad Iqbal berkata air minuman untuk haiwan ternakannya itu juga perlu sentiasa diperiksa bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang hari. "Kebiasaannya saya sediakan dua hingga tiga bekas berisipadu 10 hingga 15 liter untuk l

Suspek utama pencemasan sisa kimia ditahan

JOHOR BAHRU -- Polis hari ini menahan dua lagi suspek berhubung kes pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata penahanan kedua-dua suspek berusia 27 dan 41 tahun itu di sekitar Pasir Gudang di sini adalah susulan tangkapan ke atas sembilan individu terdahulu yang diumumkan polis, semalam. Mohd Khalil berkata kedua-dua lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kilang yang bertanggungjawab ke atas pembuangan sisa kimia tersebut. “(Dua suspek) ini bertanggungjawab membenarkan orang-orang ini (suspek-suspek terdahulu)  mengangkut (sisa) toksik berkenaan untuk proses pelaksanaan seterusnya. Selain penahanan mereka, polis turut menemui sebuah kenderaan yang digunakan untuk membuang sisa itu yang turut dirampas,” kata beliau kepada pemberita di luar Menara Aqabah. Beliau berkata kilang yang terlibat dalam insiden itu turut dikenal pasti terletak dalam Pasir Gudang. Kedua-dua suspek

Tindakan agresif ke atas negara EU jika terus diskriminasi sawit

PUTRAJAYA -- Malaysia akan menimbang tindakan balas terhadap Kesatuan Eropah (EU) sekiranya ia meneruskan langkah tidak adilnya terhadap minyak sawit, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata kerajaan bersetuju Malaysia perlu mengambil pendekatan lebih agresif dalam perkara ini.  "Malahan, kita telah menulis surat kepada semua ketua kerajaan EU dan memaklumkan kepada mereka bahawa kita mungkin perlu bertindak balas sekiranya mereka meneruskan diskriminasi terhadap minyak sawit,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah. Dilaporkan pada Jumaat bahawa Malaysia akan menimbang mengambil tindakan balas terhadap eksport Eropah sekiranya EU meneruskan hasratnya untuk melaksanakan Akta Perwakilan (Delegated Act) bagi menghentikan secara berperingkat dan melarang penggunaan sawit dalam biodiesel. Pada Januari, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron, dengan menyatak

Bekas penolong pegawai tadbir didakwa pecah amanah RM327,844

MELAKA -- Seorang bekas penolong pegawai tadbir di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Melaka di sini hari ini atas sembilan pertuduhan pecah amanah berjumlah RM327,844.50 antara 2015 hingga tahun lepas. Di Mahkamah Sesyen pertama, Nada Aimi A. Rahman, 34, meminta dibicarakan terhadap enam pertuduhan melibatkan RM308,987, yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Norma Ismail. Mengikut pertuduhan Nada Aima didakwa melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta (wang tunai) tersebut iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta itu bagi kegunaan sendiri. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di MPHTJ, SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall, Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya antara 2015 hingga tahun lepas (2018). Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan tertuduh

MAS akan dibeli pelabur luar negara?

KUALA LUMPU -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan ada pihak dari dalam dan luar negara berminat untuk membeli syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines Berhad (MAB). Bagaimanapun katanya, kerajaan masih perlu mengkaji sebelum membuat keputusan yang akan menentukan masa depan syarikat penerbangan itu. "Ada pihak-pihak tertentu yang ingin membeli MAS (MAB) jadi kita tidak tolak. Kita nak kaji sama ada perlu jual ataupun tidak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Beliau berkata ini kerana syarikat itu tetap mengalami kerugian sekalipun telah mengambil pengurus luar.  Ditanya mengenai saranan bekas pemimpin syarikat itu yang mahukan MAB kekal bawah kerajaan, Dr Mahathir berkata perkara tersebut turut akan ditimbang. "Saya sayang MAS, saya mahu MAS  ini dijadikan satu syarikat penerbangan nasional tetapi nampak seolah-olah kita tidak mampu,” katanya. Dr Mahathir berkata strategi kerajaan terdahulu yang menyu