KUALA LUMPUR -- Seorang pelancong lelaki warga Filipina yang berbogel sambil berjalan, yang videonya tular baru-baru ini, didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Kent Caburnay Acuin, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memanjat sebuah kereta dalam keadaan berbogel dengan niat mengganggu kesantunan orang awam di Jalan Sultan Ismail di sini pukul 10.40 pagi, 13 Mac lepas. Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya B. Rajdeep Singh tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh, yang tidak diwakili peguam, kerana dia warganegara asing selain tidak mempunyai penjamin rakyat Malaysia. Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menetapkan 22 April untu...