KUALA LUMPUR -- Seorang pekebun dan seorang pekerja khidmat pelanggan wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini masing-masing atas satu pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, di laman sosial Facebook. Sharil Mohd Sarif, 36, dan T.R Thurkai Devi, 32, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang kedua-duanya kelihatan bersahaja, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Shamsudin Abdullah. Mengikut pertuduhan, Sharil didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil Facebook “Sharil Chain”, secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik, berserta sekeping gambar senarai Yang di-Pertuan Agong, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, di sini pada 11....