Skip to main content

Posts

Showing posts from March 28, 2019

Perjalanan hadiri majlis akad nikah adik berakhir tragedi

RAUB -- Jurutera Muhammad Faezuan Nor Izuddin sepatutnya menghadiri majlis akad nikah adik perempuannya di Kampung Jelawat, Bachok, Kelantan hari ini.    Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila dia bersama empat anggota keluarganya maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Jeram Besu di sini, awal pagi tadi.  Menurut nenek saudaranya, Nurul Aini Haron, 51, arwah juga mahu bertemu dengan anak sulungnya Mariam Medina selepas majlis itu kerana isterinya Nor Asilah Arrahim, 28, berpantang di Kok Lanas, Ketereh selepas bersalin kira-kira sebulan lebih yang lalu.  "Kami sepatutnya berkumpul di rumah keluarga arwah hari ini kerana majlis akad nikah akan disusuli kenduri esok. Kami ingatkan mereka tidak sempat menghadiri akad nikah dan hanya tiba esok.  "Saya hanya tahu mereka sudah dalam perjalanan apabila menerima panggilan telefon daripada polis mengenai kejadian pada pukul 4...

Pegawai kanan polis didakwa minta wang suapan RM1.5 juta

SHAH ALAM -- Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini kerana meminta wang suapan berjumlah RM1.5 juta bagi menyelesaikan kes pengedaran dadah dua tahun lepas. Tertuduh ASP Gan Chee Liang, 36, dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Mengikut pertuduhan, Gan didakwa meminta rasuah sebanyak RM1.5 juta dari Victor Goh, 38, untuk diri sendiri sebagai seorang pegawai awam iaitu Penolong Penguasa Polis Diraja Malaysia sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes melibatkan Victor yang disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.  Gan dituduh melakukan kesalahan itu pada 10 Mac 2017 di sebuah bilik di Lokap Berpusat Polis Shah Alam pada pukul 11 pagi. Gan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara ...

Saksikan warna-warni pesta belon Putrajaya

PUTRAJAYA -- Belon panas berwarna-warni memenuhi ruang udara Putrajaya hari ini apabila Fiesta Belon Udara Panas Antabarabangsa kembali semula di Putrajaya selepas dua tahun diadakan di luar wilayah pentadbiran itu. Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-10 berlangsung di Presint 2 di sini sehingga 31 Mac ini, membabitkan sebanyak 20 belon udara panas yang dikendalikan para juruterbang dari 14 buah negara. Sebagai pembuka tirai, belon udara panas berwarna-warni yang mempunyai pelbagai bentuk termasuk badut, gajah, sotong dan beruang memenuhi ruang udara Putrajaya dinaiki oleh pengamal media awal pagi hari ini. Antara negara menyertai program itu ialah Sepanyol, Slovakia, Brazil, Australia, Jepun, Belgium, Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan dan Taiwan. Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata lebih 200,000 pengunjung dijangka memeriahkan fiesta yang berjalan selama empat hari itu. "Fiesta p...

Akhirnya Roisah dapat status warganegara

PUTRAJAYA -- Pelajar cemerlang tanpa kerakyatan, Roisah Abdullah, akhirnya berstatus warganegara Malaysia setelah beberapa kali membuat permohonan sejak tahun 2013. Gadis itu yang bakal menyambut ulang tahun ke-22 bulan depan hadir bersama ibu angkatnya, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini bagi mengambil surat kelulusan sebagai  warganegara itu. Roisah yang kelihatan ceria menzahirkan keterujaannya untuk mendapatkan kemudahan yang dinikmati warganegara Malaysia yang lain antaranya perkhidmatan kesihatan, membuka akaun bank dan mendapatkan lesen memandu. "Saya hendak mendapatkan kad LRT (pas perjalanan Rapid KL) dahulu," katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai perkara pertama yang ingin dilakukannya setelah mendapat kad pengenalan. Pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Kapar, Klang dengan keputus...

Lokman Noor didakwa cederakan pelajar universiti

KUALA LUMPUR -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua UMNO Petaling Jaya Abdul Mutalif Abdul Rahim antara empat individu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, masing-masing atas dua pertuduhan mencederakan seorang penuntut universiti minggu lepas. Lokman Noor, 46; Abdul Mutalif, 48 yang juga adik Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Salmon Arif Budiman Mychlis, 48 (kerani Pejabat UMNO Lembah Pantai) dan Mohd Norzakifah Mohamed Nawi, 44 (penghantar surat sebuah firma guaman), masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, keempat-empat tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan bagi melaksanakan tujuan bersama perhimpunan itu telah...