Skip to main content

Posts

Showing posts from March 29, 2019

Duduk jel 7 tahun rompak telefon bimbit

KUALA LUMPUR -- Seorang pengawal keselamatan menangis selepas dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah merompak telefon bimbit milik pembantu jualan wanita, tahun lepas. Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Muhammad Faizal Rismal, 28, selepas mendapati tertuduh gagal menimbul keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.  Tertuduh didapati bersalah merompak telefon bimbit milik Mafruro Malyis, 25, di hadapan RHB Bank, Mid Valley Megamall di sini pada jam 8.15 malam pada 1 Okt, 2018 dan mahkamah mengarah hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap iaitu pada hari kejadian.  Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkam...

Ketua balai polis, bomba mengaku tidak bersalah terima rasuah

SHAH ALAM -- Seorang ketua balai polis dan seorang anggota bomba hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah masing-masing berjumlah RM1,000 daripada pengusaha rumah urut, tiga tahun lepas. Mohd Alfian Mohd Zainal, 34, ketua balai polis berpangkat Inspektor di Balai Polis Kajang didakwa atas dua pertuduhan manakala Shah Kamil Ghani, 35, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah didakwa tiga pertuduhan. Mengikut kedua-dua pertuduhan Mohd Alfian, dia didakwa menerima bagi dirinya wang tunai masing-masing sebanyak RM500 daripada Wong Chee Keong, tanpa sebarang balasan yang mana dia mengetahui bahawa pemberian itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya sebagai ketua balai polis...

In Gombak's whirlwind uproots massive trees

KUALA LUMPUR -- A whirlwind and heavy rain for nearly half an hour have caused several trees to fall on five houses in Batu 11, Gombak here yesterday. A victim, Mazenah Ahmad, 58, said she and her child, as well as her sister Masitah Ahmad, was at home and saw the whirlwind causing trees and electric pole to collapse. “The wind was so strong and it was raining so heavily, uprooting the trees near our houses. “At that time, we could not do anything other than reciting prayers and one of my children calling the azan out of fear,” she told Bernama when met here today. Eight people were reportedly injured in the 5 pm incident and were sent to the Selayang Hospital, Orang Asli Hospital in Gombak and Kuala Lumpur Hospital for treatment. Selangor Menteri Besar Amirudin Shari spent about an hour visiting 63 other victims from 16 affected families who were housed at a temporary relief centre at the Orang Asli Development Department (JAKOA) Multip...

PRK Rantau: Pertarungan maruah UMNO dan PKR

SEREMBAN -- Pertarungan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan bermula esok, dengan calon utama dijangka antara Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Ketua PKR Rembau Dr S. Streram. Proses penamaan calon bagi pillihan raya kecil (PRK) DUN tersebut akan berlangsung selama sejam dari pukul 9 pagi esok di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan di sini sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Nizam Tajul Arus mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding. PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi DUN itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), terbatal dan tidak sah. Dalam PRU 14, Mohamad, calon Barisan Nasional (BN), diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi itu selepas Dr Streram, seorang ...

Malaysia’s reserves at US$102.36 bln end-Feb 2019

KUALA LUMPUR -- Malaysia’s reserves remained usable as at end-Feb 2019, with official reserve assets at US$102.36 billion, in accordance with the International Monetary Fund’s Special Data Dissemination Standard (IMF SDDS) format. In a statement today, Bank Negara Malaysia (BNM) said other foreign currency assets amounted to US$653.8 million. "For the next  12 months, the pre-determined short-term outflows of foreign currency loans, securities and deposits, which include among others, scheduled repayment of external borrowings by the government and repayment arising from maturity of the foreign currency Bank Negara Interbank Bills, amounted to US$4.03 billion.  "The short forward positions amounted to US$18.36 billion while long forward positions amounted to US$600 million as at end-February 2019, reflecting the management of ringgit liquidity in the money market,” it said. In line with the practice adopted since April 2006, BNM said the data...

Registration of new vehicle models will require valid VTA certificate

KUALA LUMPUR -- The registration of new motor vehicles through the e-Daftar system will require a valid Vehicle Type Approval Type (VTA) certificate serial numbers from the Road Transport Department (JPJ), effective April 1, 2019. According to JPJ in a statement today, all vehicle manufacturers and other relevant parties must comply with the rules to avoid any issues in the registration process. "Vehicle manufacturers must ensure that they have the data field related to the VTA certificate serial number in their e-Daftar system before March 31, 2019 (this Sunday) as per the specifications set by JPJ. "JPJ is enforcing this to ensure that every motor vehicle registered and licensed has valid VTA approval as well as being a measure to control and restrict any parties from avoiding to obtain VTA approval from JPJ," the statement said. VTA is a mandatory process for all new models before they are allowed to be registered and licensed by the ...

Tanam rumput ternakan beri hasil lumayan

KULIM -- Keputusan dua pemuda menceburi bidang pertanian dengan mengusahakan ladang rumput makanan haiwan ternakan di sini, membuahkan hasil apabila mampu mengaut pendapatan lumayan setiap bulan.  Shahemi Mohd Radzi, 31, dan Khairul Azhar Suleiman, 30, anak jati Kulim, yang sebelum ini terlibat dalam kerja pendawaian elektrik, mengusahakan secara bersama ladang rumput 'napier' di tanah berkeluasan tujuh hektar dekat Kampung Bikan di sini. "Setiap hari kami akan menjual 30 hingga 50 beg rumput yang dipotong menggunakan mesin khas pada harga RM10 bagi setiap 25 kilogram dan setiap bulan pulangan antara RM9,000 hingga RM10,000. "Harga rumput ini sangat murah hanya 25 sen bagi setiap kilogram berbanding dedak yang berharga RM45 bagi 50 kilogram yang semakin membebankan penternak yang tiada ladang ragut dan sumber makanan lain," katanya. Shahemi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari Universiti Utara Ma...

Pembantu tadbir buat tuntutan palsu RM209,233 didakwa

KUANTAN -- Seorang pembantu tadbir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 32 tuduhan membuat tuntutan palsu berkaitan rawatan perubatan kesuburan bernilai RM209,233, sejak tahun 2014.  Pengakuan Mazuin Zulkifli, 33, yang berasal dari Taman Impianku di Jalan Sungai Lembing di sini, direkodkan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.  Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 10 Okt 2014 hingga 25 Okt 2017 dengan mengemukakan Borang Perubatan 1/90 beserta resit-resit rawatan yang berjumlah antara RM3,243 hingga RM9,000 di Pusat Kesuburan Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini. Wanita bertubuh kecil itu didakwa melakukan kesalahan itu semasa dia berkhidmat di Jabatan Perhutanan Pahang dan Jabatan Pertanian Pahang, memandangkan dia ditukarkan ke jabatan itu pada tahun 2017.  Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksye...