Skip to main content

Posts

Showing posts from April 1, 2019

Calon PH yakin dapat undi Melayu

SEREMBAN -- Calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram optimis untuk mendapat 20 hingga 30 peratus pengundi Melayu, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, 13 April ini. Timbalan Ketua Cabang PRK Rantau itu berkata, beliau telah bekerja keras sejak tiga tahun lepas bagi menyelesaikan masalah dihadapi pengundi, dan percaya penduduk kawasan itu akan beri peluang untuknya membuktikan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri yang bagus. Dr Streram, 60, berkata walaupun sebahagian daripada pengundi Melayu bersikap ‘senyap’, tetapi beliau percaya mereka akan mengundi calon PH bagi merealisasikan perubahan di Rantau. “Saya percaya paling kurang 20 hingga 30 peratus pengundi Melayu akan berikan sokongan mereka kepada saya. Kalau dapat angka minimum ini pun, saya akan gembira. Bagi pengundi bukan Melayu, saya meletakkan sasaran antara 70 peratus hingga 80 peratus, dan ia memadai untuk PH menang," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Kampun...

Polis tingkat kawalan, Sungai Golok cetek

PASIR PUTEH -- Polis Kelantan sentiasa siap siaga mengawal kawasan  sempadan Malaysia-Thailand tentang kemungkinan berlaku penyeludupan pelbagai barangan terlarang ke negara ini berikutan keadaan Sungai Golok yang cetek berikutan cuaca panas. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan berkata, air sungai yang cetek sehingga ke paras lutut memudahkan penjenayah mengambil kesempatan menyeludup barangan terutama dadah ke negara ini. “Polis tidak memandang mudah mengenai situasi sekarang, terutama membendung kemasukan dadah dari negara jiran dan tidak kira situasi apa pun kita tetap bersedia,” katanya kepada pemberita pada majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Pasir Puteh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini. Pada majlis itu Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Ganti Jimmy menyerahkan tugas kepada DSP Azmin Damiri sebagai Ketua Polis Daerah yang baharu berkuatkuasa hari ini. Hasanuddin berkata, sebelum ini mereka sukar memboloskan diri kerana terp...

Saya mahu beri mereka jala - Dr Streram

SEREMBAN -- Rantau sangat indah untuk dibangunkan sebagai kawasan ekopelancongan. Ini merupakan kata-kata yang diungkapkan oleh calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Dr S. Streram ketika menggambarkan misinya untuk membangunkan Rantau dan memakmurkan penduduknya. Dr Streram berkata terdapat banyak tanah yang tidak digunakan di Rantau yang berpotensi dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancongan terutama di Kampung Sega Ulu, di sini. Beliau berkata pemandangan dan persekitaran semulajadi yang indah dan luar biasa pasti akan menarik mereka yang menghargai alam semula jadi. “Rantau berhampiran Port Dickson, mengapa kita tidak menarik pelancongan untuk berkunjung juga ke sini. “Saya tidak mahu memberi mereka ikan, tetapi saya mahu memberi mereka jala agar mereka dapat mencari nafkah kehidupan dan berbangga dengan apa yang mereka lakukan di Rantau. “Saya menghayati penduduk di Rantau terutam...

Saya tidak boleh rasa selesa

SEREMBAN -- Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau tidak akan mengambil mudah PRK berkenaan di sebalik dakwaan dirinya dikenali ramai pengundi berbanding saingannya. Bekas menteri besar tiga penggal itu berkata seperti mana calon lain, beliau juga akan meluangkan tempoh kempen untuk bertemu seramai mungkin pengundi. "Politik ini dinamik bukan statik, saya tak boleh rasa selesa dan tak boleh ambil mudah, saya akan cuba sebaik mungkin jumpa pengundi," katanya pada sidang media hari ketiga kempen PRK berkenaan, di sini hari ini. Beliau yang mempertahankan kerusi DUN berkenaan  berdepan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram dan dua calon Bebas R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin. Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden itu juga menyifatkan PRK tersebut “ibu segala PRK” yang amat penting  kepada...

Doan dihukum penjara selepas mengaku bersalah

SHAH ALAM -- Mahkamah Tinggi  hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan ke atas Doan Thi Huong selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam menggunakan racun VX,  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2)  dua tahun lepas. Hakim Datuk Azmi Ariffin ketika menjatuhkan hukuman tersebut ke atas wanita warga Vietnam berkenaan turut memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 15 Feb 2017. Dalam penghakimannya, beliau berkata  tertuduh yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik bernasib baik kerana pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan alternatif yang hanya membawa hukuman penjara 10 tahun berbanding pertuduhan asal iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. "Saya memutuskan ada kes prima faci...

Maut pulang dari kenduri kahwin

MARAN -- Perjalanan pulang lima beranak selepas menghadiri majlis perkahwinan berakhir dengan tragedi apabila mereka maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 101, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman berkata, mereka yang maut ialah Musa Abdullah, 31, isterinya, Norsuraya Mohd Noor, 30, dan anak mereka Muhammad Zulkarnain, 3, serta ibu bapa Norsuraya, Mohd Noor Che Mat, 78, dan Hashimah Ismail, 66. Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, kesemua mangsa, yang berasal dari Felda Jengka 6, Maran, meninggal dunia tempat kejadian.   Norzamri berkata kejadian turut menyebabkan seorang lagi anak Norsuraya, Nur Quraitun Ain, 5, patah kaki dan kini dirawat di zon merah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh. "Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu Norsuraya untuk p...

Malaysia tidak perlukan undang-undang lese majeste

KUALA LUMPUR -- Tiada keperluan untuk mewujudkan undang-undang seperti ‘lese majeste’ di Thailand setakat ini bagi melindungi​ ​​​​​​kesucian institusi Diraja daripada dihina dan diserang oleh individu dan pihak tidak bertanggungjawab. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak berbincang  mengenai perkara itu kerana berpendapat akta sedia ada mencukupi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat. "Setakat ini, kami tidak berbincang sama ada keperluan sesuatu akta seperti yang ada di Thailand iaitu undang-undang khas untuk raja-raja seperti lese majeste,” katanya di Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mewujudkan ak...