PUTRAJAYA -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menegaskan anggota pentadbiran kerajaan tidak dibenarkan menerima hadiah. Mengulas laporan penahanan seorang setiausaha politik menteri berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan berjenama, Dr Mahathir berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai jenayah tersebut. “Jika seseorang menerima sesuatu sebelum menyertai kerajaan itu masalah mereka, bukan masalah kita. "Hanya apabila anda bekerja dalam kerajaan anda tidak dibenarkan menerima hadiah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara KA Petra Sdn Bhd dan Hutchison Port Holdings Limited(Hutchison Ports) di sini untuk membangunkan Hab Pemindahan Kapal ke Kapal terbesar di dunia di Johor. Seorang setiausaha politik menteri direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuab Malaysia (SPRM) selama empat bermula hari ini berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan berjenama Omega diangg...