RAWANG -- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Scomi Transit Projects Sdn Bhd (STP) hari ini menandatangani perjanjian peroleh dan baik pulih tren monorel yang sekali gus menandakan penghujung pertikaian kedua-dua pihak mengenai perkhidmatan KL Monorail. Majlis yang berlangsung di Pusat Kejuruteraan, Teknologi dan Inovasi Scomi di sini itu disaksikan Menteri Pengangkutan Anthony Loke. “Sebarang pertikaian dari segi undang-undang antara kedua-dua pihak sebelum ini akan ditarik balik, jadi tiada lagi tindakan mahkamah,” katanya kepada pemberita kemudian. Loke berkata di bawah perjanjian itu, STP akan membaik pulih lima set tren empat gerabak yang telah dihentikan perkhidmatan sejak Januari 2018 selain membekalkan tujuh lagi set tren empat gerabak yang baharu. Katanya, penyelesaian dengan nilai keseluruhan RM303 juta itu dibuat susulan persetujuan Jemaah Menteri pada Januari lepas yang mahu isu be...