TASEK GELUGOR -- "Empat puluh tahun kami dok hadap benda ni". Itu rintihan penduduk Kampung Air Melintas Kecil, di sini yang terjejas akibat pembuangan sisa kumbahan khinzir ke saliran sungai dari ladang ternakan khinzir di Kampung Selamat berdekatan kampung itu. Wakil penduduk, Yusof Othman, 65, berkata isu tersebut bukan sahaja membelenggu penduduk di kampungnya malah kampung lain turut terjejas. "Boleh dikatakan punca sisa najis khinzir ini bermula dari Kampung Selamat iaitu tempat ladang ternakan khinzir menuju ke Sungai Kreh di kampung ini sehinggalah ke Kampung Air Hitam (Sungai Dua, Butterworth) kira-kira 12 kilometer dari kampung kami," katanya kepada pemberita di lokasi pembuangan najis khinzir itu, di sini hari ini. Yusof bersama kira-kira 20 penduduk kampung itu berkumpul di situ dan membawa sepanduk menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak terbabit. Beliau berkata akibat daripada pembuangan sis...