Skip to main content

Posts

Showing posts from April 9, 2019

Kerajaan yakin boleh kendali berita palsu

PUTRAJAYA -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya kerajaan boleh kendalikan penyebaran berita palsu walaupun setelah pemansuhan  Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Mengakui bahawa media sosial boleh disalahgunakan dengan serius, beliau berkata kerajaan akan menghapuskan akta itu seperti yang dijanjikan kepada rakyat yang mengundi kerajaan sekarang memegang kuasa. "Bagi kita, ini bermakna kita perlu belajar cara mengendalikan berita palsu itu. Apabila kita mempunyai undang-undang yang menghalang orang daripada menyiarkan pandangan mereka, kita takut kerajaan sendiri boleh menyalahgunakannya seperti yang terjadi pada kerajaan yang lalu. Kami tidak mahu mana-mana kerajaan, yang ini atau yang seterusnya menggunakan undang-undang untuk membuat berita palsu bagi mengekalkan diri sendiri. "Tetapi sudah tentulah (berita palsu) sukar untuk ditangani tetapi kita  percaya kita  dapat ...

Adib mungkin ditarik keluar dari van EMRS

SHAH ALAM -- Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan besar ditarik keluar dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada tahun lalu. Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, 62, berkata mangsa juga mungkin dihentak ke pintu van berkenaan sekuat hati dengan daya lebih 3,000 Newton atau lebih dari tiga orang sehingga menyebabkan patah pada tulang rusuk. Saksi ke-29 itu berkata, ia berdasarkan video lakonan semula kejadian dan kesan corak kecederaan pada mangsa. "Mangsa mati akibat kecederaan parah paru-paru kiri dan kanan akibat hentakan-hentakan trauma tumpul. Hentakan-hentakan trauma tumpul bukan akibat perbuatan diri sendiri tetapi akibat perbuatan dua atau lebih orang lain," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Sya...

Agong bakal dapat kuasa lebih banyak dalam pindaan Akta MKN

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Yang di-Pertuan Agong bakal mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai ‘kawasan keselamatan’. Kuasa itu mengikut Akta MKN sebelum ini diperuntukkan kepada Perdana Menteri. Pindaan Akta MKN 2016 itu dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan menurut Mohamed Hanipa, pindaan itu akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada mesyuarat kali ini. Menurut rang undang-undang yang diedar kepada media hari ini, peruntukan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong itu terkandung dalam Fasal 3 bertujuan meminda Seksyen 18 Akta MKN (Akta 776) itu. “Seksyen 18 (1) dipinda bagi menggantikan perkataan ‘Perdana Menteri’ di mana-mana jua t...

Penyelesaian secara damai isu air Malaysia-Singapura

PUTRAJAYA -- Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mencari penyelesaian secara damai berhubung perjanjian air termasuk kemungkinan menyelesaikan pertikaian menerusi timbang tara atas dasar persetujuan bersama, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Perjanjian air adalah antara isu yang dibincangkan Dr Mahathir dengan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 di sini  hari ini. Malaysia dan Singapura terikat di bawah Perjanjian Air Sungai Johor 1962. Bagi Malaysia, menyelesaikan isu yang lama tertangguh berkaitan semakan semula harga air merupakan satu keutamaan. “Kami mengadakan perundingan yang aktif berkaitan semakan semula itu pada lewat tahun 90-an dan 2000," kata Dr Mahathir pada sidang media yang penuh sesak, dengan turut dihadiri Lee, selepas pemukiman itu. Isu berhubung perjanjian air antara kedua-dua negara kembali menjadi topik panas pada pertengahan tahun lepas apabila Dr...

Najib's defence files notice of motion to revoke charge

KUALA LUMPUR -- The defence team in former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s case over SRC International Sdn Bhd funds has filed a notice of motion seeking to revoke the seven charges on grounds that they are defective. Deputy public prosecutor Budiman Lutfi Mohamed said the prosecution had received the notice of motion and affidavit on the matter this morning. “The prosecution will file the affidavit-in-reply on April 15 and the defence will reply to it on April 19. Both parties also have to file their submissions by April 22,” he told reporters after the proceeding before High Court deputy registrar Mahyudin Mohmad Som here. Budiman Lutfi, however, said the date for hearing of the notice of motion had yet to be fixed. At today’s proceeding, Najib was represented by lawyer Muhammad Farhan Muhammad Shafee. In the notice of motion filed last April 3, Najib is seeking the court to suspend or revoke the seven charges made against him in the case...

Resolving causeway traffic congestion a priority for Malaysia

PUTRAJAYA -- Resolving the traffic congestion at the Malaysia-Singapore Causeway and Second Link is a priority for Malaysia, Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today. He said the issue remains a major problem for Malaysia and Singapore commuters. “Currently, about 250,000 to 300,000 people are crossing the causeway on a daily basis. Resolving the congestion is a priority for Malaysia,” he told a joint press conference with Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong after the conclusion of the 9th Malaysia-Singapore Leaders’ Retreat, here. Dr Mahathir said Malaysia and Singapore were committed to addressing the issue and will continue to explore new initiatives to tackle the problem. “These include improvements in physical infrastructure, review of inter-boundary policies and regulations and improvement in the quality of cross-border services,” he said. Lee, meanwhile, said Dr Mahathir had pointed out that the Johor Bahru-Sing...

Lumpuh tetapi tanggungjawab tetap ditunai

SEREMBAN -- Kalau nak seribu usaha. Demikianlah seorang pesara polis yang lumpuh tetap tidak melupakan tanggungjawabnya untuk membuat undi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini.  Azahari Latiff, 53, tiba di Balai Polis Rantau kira-kira 11 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) dibawa anaknya, yang mana beliau yang hanya mampu berbaring, terpaksa dibawa masuk ke bilik mengundi menggunakan kerusi roda khas. “Tengok pada keadaan sekarang ini negara kita tak menentu, macam-macam tohmahan, macam-macam sikap perkauman ada jadi kita tunjuklah, jangan ada sikap perkauman dalam pilihan raya ini, undi tetap undi, jangan ada sikap macam itu. “Daripada awal memang saya pasang niat tetap akan turun mengundi hari ini, tanggungjawab mengundi kena ada, saya tak sihat, terpaksa diusung, anak cuti jadi saya datang mengundi,” katanya ringkas kepada pemberita selepas selesai mengundi di sini  hari ini. Aza...

Atlet taekwondo diarah minta maaf kepada warga emas

KUALA LUMPUR -- Atlet taekwondo kebangsaan, Nur Dhia Liyana Shaharuddin hari ini diperintah mengemukakan permohonan maaf terhadap seorang warga emas kelainan upaya, yang memenangi saman berhubung dakwaan diserang dan ditendang di kaki oleh atlet wanita itu di stesen LRT Putra Heights, dua tahun lepas. Peguam Datuk Dr S. Arunan, yang mewakili Placid P. Rodriguez, 71, berkata Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Lalilatul Zuraida Harron@Harun mengarahkan Nur Dhia Liyana, 25, mengemukakan permohonan maaf bertulis yang akan diterbitkan di media cetak dalam tempoh sebulan bermula hari ini. Arunan berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan saman difailkan bekas pegawai keselamatan, Rodriguez yang separa buta dan separa pekak, selaku plaintif pada 6 Dis 2017 terhadap Nur Dhia Liyana selaku defendan. "Mahkamah turut memerintahkan atlet berkenaan membayar ganti rugi am RM1,000 dan ganti rugi khas RM88 serta kos RM1,000 kepada plaintif," kata peguam itu selep...