PUTRAJAYA -- Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM40,000 terhadap peguam Arunachalam Kasi atau lebih dikenali sebagai ‘Arun Kasi’ selepas mendapatinya bersalah menghina mahkamah berhubung dua kenyataannya yang mengkritik prosiding serta keputusan satu kes mahkamah. Hakim Tan Sri Ramly Ali, yang mengetuai panel lima hakim, berpendapat bahawa kenyataan menghina yang dibuat Arun Kasi terhadap Mahkamah Persekutuan adalah sangat serius dan mencemarkan nama baik badan kehakiman secara keseluruhannya, serta menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman, mencemuh, memalukan dan menyinggung maruah, integriti serta kesaksamaan mahkamah. “Kami (panel) turut memberi pertimbangan kepada penghujahan Badan Peguam supaya tidak mengenakan hukuman melibatkan pemenjaraan. Bagaimanapun, graviti kesalahan yang dilakukan Arun Kasi ditambah pula dengan ...