Skip to main content

Posts

Showing posts from April 25, 2019

Mengaku tidak bersalah subahat cemar sungai

JOHOR BAHRU -- Seorang pengarah bukan eksekutif sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan bersubahat dengan tiga lagi individu untuk melupuskan buangan terjadual ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, awal Mac lepas. Tertuduh, Sim Wei Der, 50, yang merupakan warga Singapura dan menjadi pengarah syarikat itu sejak 2017, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Jailani Rahman. Mengikut kertas pertuduhan, Sim didakwa bersubahat dengan N.Maridass, 35, Yap Yoke Liang, 42, dan Wang Jing Chao, 34, untuk melupuskan buangan minyak atau enap cemar berminyak yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ke Sungai Kim Kim dengan menggunakan motolori jenis Mitsubishi dan semi treler tangki minyak sawit, tanpa mendapat apa-apa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling. Perbuatan itu dilakukan antara puku...

Polis hanya menemui khemah yang sudah lama ditinggal

PUTRAJAYA -- Operasi penggeledahan oleh pasukan komando polis VAT 69 di kawasan hutan di Genting Perah, Perlis pada Mac 2015 menemukan sebuah kem penempatan dengan 14 khemah yang pernah diduduki pendatang asing, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis diberitahu hari ini. Inspektor Mohamad Afiq Sarmid daripada pasukan komando VAT 69 berpangkalan di Ulu Kinta, Perak yang merupakan saksi ke-17 RCI berkata penemuan tersebut membawa kepada penahanan lima orang pendatang tanpa izin pada kira-kira 200 meter dari tapak penempatan tersebut. Menurutnya, operasi melibatkan 24 anggota digerakkan bermula 11 Mac 2015 susulan penemuan kem penempatan dan kubur di Bukit Wang Burma pada Januari 2015 dengan skop tugasan mereka adalah untuk mengesahkan sama ada terdapat penempatan pendatang tanpa izin di kawasan Genting Perah. “Pergerakan kami untuk sampai ke tempat penempatan itu mengambil masa d...

Najib terima RM64 juta dalam akaun semasa

KUALA LUMPUR -- Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R.Uma Devi mendedahkan sebanyak  RM64 juta dimasukkan ke dalam akaun semasa milik Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2014 dan 2015. Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa daripada jumlah itu sebanyak RM37 juta dimasukkan daripada akaun syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd iaitu  syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat untuk SRC International Sdn Bhd. Uma Devi, yang membacakan penyataan saksinya, berkata berdasarkan kepada rekod transaksi masuk akaun semasa AmPrivate Banking-1MY milik Najib bernombor 211-202-201188-0, menunjukkan RM27 juta dimasukkan ke akaun itu pada 8 Julai 2014. Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata, jumlah sama dimasukkan ke dalam akaun sama milik Najib pada 26 Disember 2014 daripada akaun Ihsan Perdana dan syarikat itu juga memasukkan RM10 juta lagi  ke dalam akaun tersebut...

Pasukan exco ini yang saya selesa bekerja

ISKANDAR PUTERI -- Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal menafikan wakil rakyat yang dipilih menjadi barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) baru-baru ini adalah ‘pasukan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, kesemua 10 Exco itu merupakan pilihannya sendiri, untuk melaksanakan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi kebaikan rakyat Johor dan mengulangi bahawa kesemua Exco dipilih, adalah satu pasukan yang beliau selesa bekerja, dan percaya mereka boleh melaksanakan tanggungjawab membela rakyat dengan baik.  “Sebetulnya, untuk kita membela rakyat, tiada team pun. Cuma pasukan exco yang ada di keliling saya ini, 10 Exco yang ada ini merupakan satu pasukan yang saya selesa bekerja dengan mereka. “Tujuan (mereka dilantik) untuk kita untuk menjaga rakyat Johor nilah, jadi tiadalah team A, team B ni,” kata beliau dalam satu temubual khas di pejabatnya di Kota Iskandar. Dr Sahruddin berkata dengan ada pasukan baru ini, d...

Tak ada air, ini jaminan MB Selangor

SHAH ALAM -- Gangguan air selama tiga hari di Lembah Klang hanyalah jangkaan senario paling teruk kerana bekalan itu diyakini mampu disambung semula dalam tempoh 48 jam, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. Ini kerana katanya, tempoh masa tiga hari atau 86 jam untuk penyambungan semula bekalan air itu hanya melibatkan kawasan yang terletak jauh dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2). “Lokasi yang paling jauh dari LRA SSP2 adalah di Kuala Langat. Jadi, walaupun hari kedua bekalan air (mula) disambung semula namun ia mungkin memerlukan masa sekitar 76 jam hingga 78 jam untuk sampai kepada pengguna di Kuala Langat. “Sebab itu kita letak tiga hari sebagai tempoh paling lambat. Kalau semua berjalan dengan lancar, rumah-rumah yang terakhir akan terima semula sambungan air adalah pada hari ketiga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Ekonomi Negeri Selangor dan Majlis ‘Kick-Off’ Banci Perdagangan Borong dan Runcit...

Retak dalam Bersatu, Marzuki kata tidak benar

SEREMBAN -- Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya hari ini menafikan dakwaan wujudnya dua kem, dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Beliau berkata persepsi tersebut dilakukan pihak luar, yang hanya mahu memburukkan parti Bersatu. "Jangan salah anggap kerana orang selalu membuat spekulasi tidak benar, dan perkara sebenar yang dibincangkan dalam mesyuarat baru-baru ini adalah untuk membetulkan keadaan. Sebab kita tahu dalam berpolitik ini hanya platform yang paling tertinggi adalah Majlis Kepimpinan Tertinggi, jadi kita panggil bermesyuarat adalah untuk berbincang bagi mengetahui perkara sebenar. "Alhamdullilah... kita selesaikan dengan baik, tanpa sebarang masalah cuma spekulasi dibuat oleh pihak tertentu menyatakan terdapat dua kem atau tiga kem, adalah tidak wujud sama sekali," katanya kepada pemberita. Tambahnya yang juga merupakan Timbalan Menteri Luar, penubuhan parti Bersatu ini adalah untuk ber...

Tujuh polis IPD Pekan ditahan terima rasuah

KUANTAN -- Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama enam anggota polis berpangkat lans koperal dan koperal dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd Ghani berkata kesemua mereka yang berumur 28 hingga 53 tahun ditahan di Pejabat SPRM Pahang pada 10 hingga 10.45 malam semalam selepas dipanggil memberi keterangan kerana disyaki bersubahat menerima suapan RM6,500. “Kami percaya kesemua terlibat bersubahat menerima wang suapan sebanyak RM6,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki dadah jenis syabu,” katanya. Katanya, semua mereka direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.  Menurut sumber, SPRM Pahang masih mengesan beberapa lagi individu dipercayai te...