KOTA BHARU -- Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan terus menerima desakan meletakkan jawatan daripada penyokong dan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ), bagi memberikan laluan kepada individu lain yang layak menerajui persatuan itu. Terkini desakan itu datang dari PBJ Tumpat yang mahu presiden wanita itu melepaskan jawatan secara terhomat setelah 'kurang' berkesan sepanjang memimpin persatuan terbabit. Setiauasaha PBJ, Tumpat Asmadi Rifin berkata Bibi Ramjani dan barisan exco perlu berundur secara terhomat, dan menyerahkan kuasa kepada ahli gabungan (PBJ) untuk memilih kepimpinan baru bagi memimpin KAFA. "Bola sepak adalah hak rakyat bukan hak individu tertentu, bukan kuasa presiden KAFA melantik presiden dan exco yang baru, namun kuasa PBJ yang menentukan untuk memilih pemimpinan KAFA," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Sebelum ini, desakan sama turut dilakukan PBJ Tanah Merah, beberapa kelab penyo...