Aku terbaca satu iklan kursus AI yang lalui dalam laman IG aku. Apa yang aku dapati pada iklan itu semacam penghinaan.
Gaya promosinya bukan sekadar ajakan, tapi semacam tamparan kecil kepada siapa yang membaca.
"You’re working harder than ever but getting less recognition."
"Either AI or someone using AI is replacing you very soon."
"You can ignore it, cry about it, or take action and learn how to master AI."
Aku diam seketika.
Bukan sebab aku nak lawan. Tapi kerana aku terasa diugut.
Seolah-olah kalau aku tak ikut kursus ini: aku seorang yang bodoh, aku akan diganti, dan aku patut panik.
Bila kursus tak datang dengan ilmu, tapi datang dengan nada menghina - ia bukan lagi ruang belajar, tapi sistem pemerasan emosi.
Aku tak benci AI. Aku juga tidak menolak belajar. Tapi aku tak mahu dipujuk dengan ancaman. Ilmu sepatutnya mendidik, bukan mengejek.
Kalau kau percaya pada ilmu, kau akan mengajak - bukan merendahkan.
Dan kalau kau guna AI hanya untuk berlagak lebih tahu tanpa sedar... yang sebenarnya diganti, ialah jiwa manusia yang pernah tahu cara bercakap dengan hormat.
No comments:
Post a Comment