SHAH ALAM -- Tiada lagi kerja memberus kasut sekolah berwarna putih bagi ibu bapa apabila Kementerian Pendidikan telah membenarkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah untuk memakai kasut berwarna hitam mulai sesi persekolahan tahun hadapan. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata peraturan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan keluhan ibu bapa dan penjaga yang diterima oleh kementerian sejak beliau dilantik sebagai menteri. "Ramai ibu bapa, terutamanya kaum ibu menyuarakan hal ini, jadi kami di pihak kementerian akan membenarkan semua pelajar menggunakan kasut berwarna hitam mulai tahun hadapan," katanya, lapor Bernama. Beliau berkata peraturan itu merupakan antara pembaharuan yang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan sekolah kebangsaan kembali menjadi pilihan ibu bapa menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu. "Antara pembaharuan lain yang akan kami lakukan adalah memastikan meringankan beg sekolah para pelajar, menambah baik kurikulum se...