Skip to main content

Posts

Showing posts from October 15, 2018

Malaysian policy making needs to be rooted in reality

KUALA LUMPUR -- Malaysian policy making tends to suppress the difference in realities of income levels among households across the country with a contextless approach and by copying international standards considered “best practices” of high income positions. Khazanah Research Institute (KRI) Director Dr Suraya Ismail said if policy makers do not root the policy based on the context of the different realities people were experiencing, then the target would definitely be missed. “For example, for the price of affordable housing,  if just one number is cited,  it would not be right for different states with different income levels. If we put RM180,000 as the affordable price in Selangor, it cannot be the case for those in Kelantan. “This somehow does not resonate in policy making in thinking everybody is facing the same reality,” she told a dialogue session in conjunction with the launch of  the State of Households 2018: Different Realities Report. In its latest report,  KRI

Hasil kerajaan berkurang RM21 billion lepas laksana SST

KUALA LUMPUR -- Kementerian Kewangan berkata hasil kerajaan berkurang sebanyak RM21 billion bagi 2018 apabila ia melaksanakan kembali sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Sept 2018 bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Menterinya, Lim Guan Eng berkata, anggaran kutipan SST bagi tahun ini untuk tempoh September sehingga Disember 2018 adalah sebanyak RM4 bilion. “Oleh itu, kehilangan hasil cukai berasaskan kepenggunaan bersih adalah berjumlah RM17 bilion bagi 2018,” katanya di sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat. Lim menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai jumlah pengurangan hasil pendapatan kerajaan apabila GST dihapuskan serta strategi kerajaan untuk menampung semula kekurangan hasil pendapatan tersebut. Beliau berkata, sebahagian daripada pengurangan kutipan GST tersebut akan diimbangi oleh tambahan hasil berkaitan petroleum yang dijangka berjumlah RM5.4 bilion berikutan peningkatan harga minyak mentah purata

Parlimen kini jadi kawasan larangan merokok

PUTRAJAYA -- Mulai hari ini, sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen diisytihar sebagai kawasan larangan merokok, umum Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata langkah itu dilaksanakan secara  serius mengikut peraturan bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok. “Bagi perokok, mereka perlu merokok di luar bangunan Parlimen itu kerana di dalam bangunan Parlimen tiada lagi kawasan untuk merokok,” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan bulan Oktober Kementerian Kesihatan 2018. Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan  di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Jan 2019.  Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye sebelum ini dilaporkan berkata setakat ini, larangan itu hanya berkuat kuasa untuk restoran makanan yang berhawa dingin, bangunan kerajaan, taman awam, lif termasuk kenderaan awam. Dalam perkembangan lain, Dr Dz

Bekas pengawal keselamatan ke tali gantung

SHAH ALAM -- Seorang bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Isnin setelah didapati bersalah membunuh seorang wanita sedang berpantang, tiga tahun lepas. Hakim Datuk Mohd Azman Husin menjatuhi hukuman itu ke atas Mohd Azmirul Shamsuddin, 39, selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie manakala pembelaan hanyalah bersifat penafian semata-mata. Mohd Azmirul yang berada dalam kandang tertuduh hanya diam dan tidak menunjukkan sebarang respons ketika hakim menjatuhkan hukuman tersebut.  Mengikut pertuduhan, Mohd Azmirul didakwa menyebabkan kematian Rabiatul Adawiah Abd Aziz, 23, di sebuah apartmen di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini, kira-kira  8.22 malam pada 4 Mac 2015. Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim manakala tertuduh diwakili pegu

Setem dan medalion pertabalan Sultan Kedah dilancar

ALOR SETAR -- Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan merasmikan pelancaran setem dan medalion pertabalan sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Okt depan. Turut berangkat ke majlis pelancaran yang berlangsung di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit di sini, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff. Selain itu, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan isteri Toh Puan Bendahara Kedah Datin Seri Diraja Puan Seri Datuk Nora Abdullah; Tunku Temenggong Kedah Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Arif Ibni Sultan Sallehuddin turut berangkat ke majlis pelancaran itu. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria juga hadir pada majlis pelancaran berkenaan. Pegawai Ke

Pan Borneo kekal lebuh raya tanpa tol

KOTA KINABALU -- Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan kekal sebagai lebuh raya tanpa tol, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian. Beliau berkata sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan, Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai sebarang niat untuk mengenakan kutipan tol bagi Lebuhraya Pan Borneo. “Saya ingin memberi jaminan bahawa Lebuhraya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol. Ini janji kami (kerajaan Persekutuan),” katanya dalam sidang media berhubung kemajuan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa pembinaan lebuh raya tanpa tol tidak dapat diwujudkan. Baru berkata kenyataan perdana menteri itu adalah merujuk kepada lebuh raya di Semenanjung, dan menurutnya, model pembangunan serta pembinaan Lebuhraya Pan Borneo adalah berbeza dengan lebuh raya di Semenanjung. Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan Persekutuan komited un

Azmin bermula baik di Selangor

SHAH ALAM -- Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulakan persaingan jawatan timbalan presiden parti dengan langkah kanan di negeri itu, apabila mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli pada fasa pertama pemilihan PKR yang berlangsung di sembilan cabang di Selangor, Ahad. Sembilan cabang berkenaan ialah Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Serdang, Kelana Jaya, Subang, Kapar, Kota Raja dan Sepang. Menurut laman sesawang Pemilihan Keadilan 2018 di  www.pemilihankeadilan2018.com , Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memperoleh 9,337 undi sementara Mohd Rafizi memperoleh 8563 undi. Bekas menteri besar Selangor itu mendapat sokongan enam cabang iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Serdang, Subang, Kota Raja dan Sepang sementara Mohd Rafizi yang juga bekas anggota Parlimen Pandan mendapat sokongan daripada tiga cabang iaitu Hulu Selangor, Kelana Jaya dan Kapar. Keputusan itu bagaimanapun belum muktamad kerana masih terdapat dua fasa pemilihan di

Atlet para tidak mahu dibuat pencapaian pecah rekod dunia

SEPANG -- Kejayaan memperbaharui rekod dunia dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, merupakan satu kenangan yang tidak akan dilupakan oleh atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly. Anak jati Perlis itu mencatat 7.64 meter, sekali gus memperbaharui rekod terdahulu, 7.60 meter yang dilakarnya pada Sukan Paralimpik Rio 2016. "Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk memperbaharui rekod saya sendiri dan alhamdulillah syukur, akhirnya saya berjaya leburkan juga rekod itu selepas dua tahun,” kata Abdul Latif ketika ditemui pemberita setibanya dari Jakarta di LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama kumpulan terakhir atlet paralimpik negara. Ketibaan mereka disambut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; barisan pegawai dan staf MSN dan ISN serta ahli keluarga atlet paralimpik masing-masing. Mengulas lanjut, Abdul Latif tidak mahu dibuai deng

Bursa Malaysia is likely to trade cautiously this week

KUALA LUMPUR -- Bursa Malaysia is likely to trade cautiously next week with domestic and external factors continuing to dictate the market, said analysts.   Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Head of Research Pong Teng Siew said the market would be dependent on how the US market performed at its close on Friday.  “If the Dow Jones Industrial Average manages to follow through on tonight’s rebound and if the rebound was strong enough, then there might be enough appetite for investors to take risks.   “But if the recovery tonight is not very convincing, then that could set the stage for more selling on Monday. I think investors would want to wait and see what happens in the US markets (at its close on Friday),” he told Bernama.   Pong noted that Budget 2019 had been viewed with quite an anticipation in the market. “There was talk about more taxes to clear the government’s debts. This is introducing a bit of uncertainty in the market, as to whether the market thinks these taxe