Skip to main content

Azmin bermula baik di Selangor


SHAH ALAM -- Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulakan persaingan jawatan timbalan presiden parti dengan langkah kanan di negeri itu, apabila mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli pada fasa pertama pemilihan PKR yang berlangsung di sembilan cabang di Selangor, Ahad.
Sembilan cabang berkenaan ialah Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Serdang, Kelana Jaya, Subang, Kapar, Kota Raja dan Sepang.
Menurut laman sesawang Pemilihan Keadilan 2018 di www.pemilihankeadilan2018.com, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memperoleh 9,337 undi sementara Mohd Rafizi memperoleh 8563 undi.
Bekas menteri besar Selangor itu mendapat sokongan enam cabang iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Serdang, Subang, Kota Raja dan Sepang sementara Mohd Rafizi yang juga bekas anggota Parlimen Pandan mendapat sokongan daripada tiga cabang iaitu Hulu Selangor, Kelana Jaya dan Kapar.
Keputusan itu bagaimanapun belum muktamad kerana masih terdapat dua fasa pemilihan di Selangor melibatkan 13 cabang lagi, iaitu Puchong, Gombak, Petaling Jaya (PJ) Utara, PJ Selatan, Kuala Langat, Klang dan Selayang pada 21 Okt manakala pada 28 Okt melibatkan Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.
Selain itu, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) hanya akan memuktamadkan keputusan berkenaan selepas Peti Undi Ragu diproses.
Sebelum ini, keputusan undi di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan memihak kepada Mohd Rafizi sementara Mohamed Azmin menguasai Pulau Pinang dan Johor.
Dalam pada itu, saingan di peringkat cabang menyaksikan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa memenangi jawatan ketua cabang Subang apabila menewaskan pencabarnya Shatiri Mansor sementara Anggota Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid gagal merebut jawatan ketua cabang Kapar apabila tewas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi.
Sivarasa dan Abdullah Sani turut bertanding bagi merebut jawatan anggota Majlis Pimpinan Pusat sementara Dr Daroyah bagi jawatan timbalan ketua wanita PKR.
Selangor yang mempunyai keanggotaan paling ramai disahkan layak mengundi iaitu 249,850 orang, merupakan negeri ketujuh melaksanakan proses pemilihan yang pertama kali menggunakan kaedah secara ‘e-voting’ atau e-undi.
Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan membabitkan proses pemilihan di cabang Sabak Bernam dan Kapar apabila beberapa perwakilan tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu lama sebelum dibenarkan mengundi.
Mengulas mengenai perkara itu, pengerusi JPP Datuk Rashid Din berkata meskipun keadaan sedikit kecoh pada awal pengundian namun kemudian berjaya dikawal, lapor Bernama.
“Pada awalnya proses pengundian agak perlahan kerana kehadiran anggota parti yang ramai, namun kemudian keadaan kembali terkawal selepas kira-kira 100 anggota parti dibenarkan masuk ke dewan untuk mengundi.
“Kita memang tidak mampu nak puaskan hati semua pihak, di mana-mana sahaja akan berlaku masalah seperti ini. Apapun secara keseluruhan proses pengundian di sembilan cabang berjalan lancar, tiada insiden pergaduhan dilaporkan dan tiada proses pengundian di mana-mana cabang yang ditangguhkan,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...