BENTONG -- Kerajaan mungkin terpaksa membayar kos terbantut atau kos abortif yang lebih tinggi jika keputusan menangguhkan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dibuat lebih lewat, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Sehubungan itu katanya beliau tidak faham dengan pandangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata kerajaan sepatutnya menunggu sehingga garis masa tender projek tamat pada penghujung tahun ini sebelum membuat keputusan menangguhkan HSR. "Kenapa kena tunggu sampai hujung tahun? Jika kita tidak buat (penangguhan) sekarang nanti akan kena bayar lebih... kerana secara asasnya lagi lambat kamu hentikan lagi banyak pampasan perlu dibayar. "Saya tidak faham apa lojik dia (Najib), melainkan jika mahu kita membayar lebih banyak. Saya perlu membaca ...