Skip to main content

Posts

Showing posts from November 22, 2018

Memang ada hubungi Anwar

SHAH ALAM -- Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau ada  menghubungi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas. Najib berkata beliau sering berhubung dengan Anwar untuk bertanya khabar sepanjang Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh. "Hubungi Anwar (malam 9 Mei) memang ada tanya khabar secara peribadi," katanya dalam satu wawancara dengan Penasihat Editorial Karangkraf Datuk Abd Jalil Ali yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Sinar Harian. Najib  berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Abd Jalil sama ada benar bahawa beliau menghubungi Anwar pada malam 9 Mei lepas. Dalam pada itu, Najib berkata beliau tidak mempunyai perancangan untuk 'membeli' wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sejurus kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 lalu. Malah, katanya, beberapa pemimpin utama BN ...

Sekarang mereka terima maha zalim ini

SERDANG -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat boleh membuat petisyen terhadap P Waytha Moorthy tetapi ia bukan arahan untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meletakkan jawatan. Mengulas petisyen yang mendesak pemimpin Hindraf itu meletak jawatan susulan penularan video 10 tahun lepas yang mendakwa berlaku pelanggaran hak asasi manusia yang serius di Malaysia, Dr Mahathir berkata Waytha Moorthy perlu diberi peluang menjalankan tugas dan membetulkan perkara sebelum bergelar menteri. “Kita semua ada latar belakang, macam saya dulu parti UMNO, jadi tak kan kerana saya dulu dari UMNO saya tidak boleh masuk Pakatan Harapan. “Masa itu dia amat kecewa dan dia buat kenyataan, dia nak tunjuk dekat orang asing bahawa di Malaysia ini tidak ada keadilan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Perdana Menteri berkata b...

Saya mengaku bersalah atas dua pertuduhan

KUALA LUMPUR -- Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas dua pertuduhan mendera anak lelaki tirinya berusia tiga tahun lebih. Bagi pertuduhan pertama dan kedua,  lelaki berusia 31 tahun itu didakwa sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas kanak-kanak berusia tiga tahun empat bulan, telah didapati melakukan penderaan terhadap mangsa. Dia melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Permai 2, Kampung Indah Permai dan sebuah rumah di Taman Ampang Saujana, Jalan Persiaran Saujana, di sini antara Ogos 2017 hingga November lepas. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, Hakim Azrul Darus memerintahkan lelaki  itu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, P...

Saya nampak budak-budak tahfiz lari ke tingkap

KUALA LUMPUR -- Asap tebal, suara jeritan meminta tolong dan pelajar bertempiaran lari ke arah tingkap untuk menyedut udara, itu gambaran yang berlaku ketika api mula membakar pintu utama asrama pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang mengorbankan 23 nyawa pada tahun lepas. Suasana itu diceritakan Muhammad Amru Daniel Al-Haz Ali, 17, bekas pelajar pusat tahfiz itu yang juga mangsa yang terselamat dalam tragedi menyayat hati itu, pada perbicaraan kes dua remaja lelaki yang  didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Saksi pendakwaan ke-26 itu berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan telah dikejutkan oleh seorang rakannya yang dikenali sebagai Arif memberitahu telah berlaku kebakaran di asrama itu kira-kira pukul 5.30 pagi. “Dia (Arif) tolak-tolak saya, bangun, ada terbakar. Saya terjaga, dalam keadaan baring, saya buka mata, saya nampak api me...

Waytha Moorthy akan dipanggil polis

KUALA LUMPUR -- Polis akan mengambil keterangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, berhubung klip video kenyataannya yang didakwa memfitnah dan mengaibkan Malaysia di luar negara yang tular di media sosial, baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata menteri berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membolehkan pihaknya memperoleh maklumat lanjut mengenai asas dakwaan dan kandungan klip video tersebut. “Kita akan panggil beliau dalam masa terdekat bagi mengenal pasti dakwaan yang dibuat itu diperoleh dari mana dan dibuat berasaskan apa,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan, Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis  dan Penganugerahan P...

Najib akui ditipu Jho Low

SHAH ALAM -- Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa kerajaan Malaysia telah ditipu oleh Low Taek Jho atau Jho Low yang kini menjadi buruan atas kesalahan menyalahgunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sehubungan itu, Najib berkata beliau memang mempunyai hubungan profesional dengan tokoh perniagaan kontroversi itu untuk meningkatkan ekonomi negara. "Kalau itulah kesimpulannya (bahawa kerajaan ditipu Jho Low) kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini. Itulah sebenarnya..,” katanya dalam satu wawancara dengan Penasihat Editorial Karangkraf Datuk Abd Jalil Ali yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Sinar Harian pagi ini. Beliau berkata tindakan perlu diambil terhadap Jho Low sekiranya didapati melakukan pecah amanah, lapor Bernama. Najib juga berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kontroversi itu adalah salah satu punca kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei...

Bukan DAP yang timbulkan ICERD

KUALA LUMPUR -- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan pihaknya tidak pernah membangkitkan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) supaya diratifikasi di negara ini. Beliau berkata tuduhan tersebut dilihat bertujuan membakar sentimen perkauman dan kebencian dalam masyarakat di negara ini.  "Saya rasa semua orang pun tahu bahawa isu itu (ICERD) tidak dibangkitkan oleh pihak kami DAP.  Siapa yang bangkitkan itu...bukan kamilah. "Itu sentimen perkauman yang cuba dibakar, kita tidak timbul langsung perkara ini dan pihak berkenaan cuba mengaitkan DAP atas tujuan politik mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen,  hari ini.  Semalam, sebuah gabungan NGO mendakwa isu ICERD merupakan agenda tersembunyi DAP bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu-Islam di negara ini. Sehubungan itu, Lim mendesak gabungan NGO tersebut supaya memohon maaf dan menarik semula kenyataan serta tud...