Skip to main content

Posts

Showing posts from September 28, 2018

Enam penjuru di PRK Port Dickson?

PORT DICKSON -- Perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menjadi semakin menarik meskipun UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon, selepas ramai pihak termasuk yang  individu tampil menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi itu. Dalam masa semakin suntuk iaitu dengan esok adalah hari penamaan calon, setakat ini PAS dan dua individu telah menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian di kerusi berkenaan, selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar mewakili PAS, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad dan personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong...

Polis tumpas Macau Scam bersama seorang Datuk Seri

KUALA LUMPUR -- Seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’ antara 99 individu yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket Macau Scam di Jalan Stesen Sentral, KL Sentral, di sini, Khamis. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata pada serbuan 1.40 petang itu, sindiket yang beroperasi sebagai pusat panggilan itu menjadikan bangunan pejabat mewah berkenaan sebagai markas untuk menawarkan pelaburan kepada pelanggan di China. Beliau berkata 99 individu yang ditahan itu terdiri daripada 78 lelaki dan 21  wanita berumur antara 14 hingga 44 tahun yang bekerja di premis berkenaan. “Daripada jumlah itu juga, seramai 93 adalah warga China manakala enam adalah warga tempatan. “Semasa serbuan, kesemua suspek sedang membuat panggilan menawarkan perkhidmatan pelaburan saham kepada pelanggan warga China yang menjanjikan pulangan lumayan,” katanya pada sidang media mengenai Macau...

Najib selesaikan bayaran jaminan RM3.5 juta

KUALA LUMPUR -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi 25 pertuduhan jenayah telah selesai membayar wang jaminan berjumlah RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini. Hasil semakan di kaunter jamin di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini  pada jam 9 pagi, mendapati  Najib, 65, telah selesai membayar wang  jaminan itu. Salah seorang peguam yang mewakili Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee ketika dihubungi berkata Najib selesai membayar wang jaminan itu pada hari Rabu. Ditanya mengenai dari mana wang itu diperoleh, Muhammad Farhan berkata ia adalah daripada baki tabung derma yang dibuka Julai  lepas. “Wang itu juga diperoleh dari pinjaman kawan-kawan dan daripada akaun Affin Bank  Datuk Seri Najib sendiri ...

Raja Petra dicabar buat laporan polis

KUALA LUMPUR -- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa polis telah mencuri RM43.3 juta wang UMNO. Sambil menganggap tuduhan itu tidak berasas sama sekali, Amar Singh berkata jika Raja Petra mempunyai maklumat sahih berhubung dakwaannya, beliau digesa membuat laporan polis. “Jangan hanya menyorok di belakang alam maya dengan membuat pelbagai andaian kes ini, saya cabar dia (Raja Petra) buat laporan polis. “Jadilah seorang yang berani dan tidak melaporkan maklumat-maklumat yang palsu berhubung kes ini,” katanya dalam sidang media ketika mengulas dakwaan Raja Petra di blognya bahawa PDRM telah mencuri RM43.3 juta wang UMNO. Amar Singh berkata ketika serbuan di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pavilion Residences pada Mei lepas, terdapat 50 pegawai dan anggota polis serta kakitangan ...

Kerajaan harap kurangkan hutang dalam tempoh 1-2 tahun

NEW YORK -- Kerajaan Malaysia yang baru dipilih berharap dapat mengurangkan sejumlah besar hutang negara dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini pada Khamis. Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengutamakan usaha bagi pemulihan kekayaan dan menyelamatkan ekonomi negara dalam tempoh berkenaan. “Sekarang ini kita sebagai kerajaan. Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah menyelesaikan beberapa masalah yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini. “Kerajaan sebelum ini telah meminjam sejumlah wang yang besar iaitu lebih RM1 trillion. Adalah sukar bagi kita tetapi dalam satu atau dua tahun ini kita boleh mengurangkan jumlah itu,” katanya semasa sesi dialog bersama-sama anggota Masyarakat Asia di sini, dengan bekas Perdana Menteri Australia Kevin Rudd bertindak sebagai moderator. Mengenai hutang Malaysia, Dr Mahathir berkata tiada negara sepatutnya mempunyai hutang di luar kemampuannya dan b...

Kita masuk sebab nak menang - Isa Samad

PORT DICKSON -- Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengesahkan bahawa beliau telah keluar daripada UMNO dua hari lalu untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Okt ini. Beliau berkata tindakan keluar daripada parti itu bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi sebaliknya keinginannya untuk menabur bakti kepada rakyat di kawasan itu susulan tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding. "Tidak timbul persoalan saya akan dipecat. Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) pun tak pernah tanya kepada saya selaku pemimpin senior mengenai soal calon di Port Dickson dan mengapa pula saya nak bertanya dengan dia untuk saya bertanding," katanya pada sidang media. "Orang Port Di...

Peringatan Hakim Syarie Terengganu, tindakan undang-undang jika...

KUALA TERENGGANU -- Hakim Syarie Terengganu Rosdi Harun menegur segelintir pihak yang dilihat mempertikaikan bidang kuasa dan hukuman yang dijatuhkan terhadap pesalah syariah di negeri ini oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Teguran itu disuarakan pada awal prosiding jatuh hukum terhadap seorang ibu tunggal berumur 30 tahun yang mengaku bersalah atas kesalahan persediaan melacurkan diri di sebuah hotel di sini 17 Sept lalu. Mengambil contoh kes sebatan yang dijatuhkan terhadap dua wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Terenganu 3 Sept lalu terhadap dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis, beliau berkata hukuman yang dijatuhkan adalah bersifat untuk mendidik dan memberi peringatan kepada pesalah dan juga masyarakat Islam.  “Negara kita adalah negara yang  berdaulat dan negara yang bertamadun serta mempunyai peraturan. Begitu juga Mahkamah Syariah adalah berdaulat dan hukuman yang dijalankan terhadap pesalah dijalankan mengikut Enakmen Kesalah...

Dilarang jumpa anak, lelaki mengamuk ugut letup bom

KLUANG -- Seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ditahan polis kerana mengamuk dan mengugut isterinya di sebuah rumah di Taman Kluang Indah, dekat sini, pagi Khamis. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata pihaknya menerima laporan  pada jam 7.45 pagi menyatakan suspek mengamuk di garaj depan rumah sambil memegang parang dan sebutir bom dipercayai jenis mortar. Katanya, bertindak atas laporan itu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang dikejarkan ke lokasi dan  cuba memujuk suspek menyerah diri. “Suspek dipercayai sudah tidak lagi tinggal serumah dengan isterinya itu. Ketika kejadian, lelaki berkenaan dikatakan ingin bertemu dengan anaknya tetapi tidak dibenarkan, mengakibatkan dia menjadi berang. “Suspek kemudiannya mengugut untuk meletupkan bom terbabit, lalu menyebabkan...

Ikut undang-undang kalau nak RM116.7 juta

GEORGE TOWN -- Polis akan mengikut proses undang-undang berhubung tuntutan UMNO yang mahu wang bernilai RM116.7 juta yang disita oleh polis dipulangkan semula kepada parti itu. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata mahkamah mempunyai kuasa menentukan sama ada wang yang dirampas dalam serbuan di enam lokasi yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu akan dipulangkan kepada UMNO atau sebaliknya. "Berdasarkan sumber-sumber maklumat yang diperoleh dan keterangan awal saksi, duit itu (RM116.7 juta) dan cara duit itu disimpan, polis percaya ia diperoleh melalui jalan yang tidak mengikut undang-undang serta tidak sah dan salah, jadi kami  buat serbuan...sekarang beri peluang untuk polis jalanka...

Mahathir tells Trump to be consistent

NEW YORK -- Tun Dr Mahathir Mohamad said there is a need for United States President Donald Trump to be consistent, including over policy matters on Asia. "Be consistent. If you want to fight us say you want to fight us. If you don't want to fight us and you want (us) to be friends, say so and (let's) be friends," the Malaysian prime minister, who is here for the United Nations General Assembly, said. He was fielding a question on what would be his advice to Trump to do differently regarding policy in Asia at a meeting with members of the US Council on Foreign Relations on Wednesday. Queried on his assessment of Trump, the 93-year-old Dr Mahathir said he did not know how to make any opinion about the president. "Because he changes his views even in a matter of hours," he said, citing Trump's  fluctuating stand over whether or not to hold a meeting with the leader of another country as an example. "So it's very difficult to...

Bekas Leftenan Kolonel calon PAS PRK Port Dickson

PORT DICKSON -- Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar dinamakan sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Pengumuman itu dilakukan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan kira-kira 200 penyokong pada majlis pengisytiharan calon PAS bagi PRK berkenaan di sini, malam Jumaat. Mohd Nazari, 57, pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), merupakan Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat). "Kita berharap pengundi Port Dickson dapat memberi isyarat (dengan mengundi PAS) bahawa sesuatu telah berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan," kata Tuan Ibrahim. Turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mustafa Daharun dan barisan kepimpinan parti.  Sementara itu, Mohd Nazari mengucapkan terima kasih kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan parti atas am...

Tiga polis dipenjara tujuh tahun kerana menculik

KUALA LUMPUR -- Tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat Inspektor masing-masing dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana  menculik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, lima tahun lalu. Hakim Mohd Zulbahrin Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Inspektor Mohd Khairul Hafiz Yaacob, 38, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang manakala tiga anggota lain iaitu Lans Koperal Azlan Abdul Kadir, 38, dan Koperal Amran Md Sali, 42, masing-masing bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Mahkamah memerintahkan Mohd Khairul Hafiz dan Azlan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap mereka pada 11 Okt 2015 manakala  Amran bermula hari ini kerana Amran membayar wang  ikat jamin sebanyak  RM30,000 manakala  Mohd Khairul Hafiz dan Azlan yang...

PAS bukan saingan Anwar di Port Dickson

PORT DICKSON -- Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan PAS yang akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson tidak akan mampu menyaingi ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Presidennya yang juga Anggota Parlimen Tampin, Dr Hasan Baharom berkata beliau melihat ketua umum PKR itu tidak berdepan masalah untuk mengekalkan status quo parti di kerusi berkenaan. "PAS bukan saingan Anwar dalam PRK Port Dickson dan mereka hanya sekadar bertanding dan kita tahu mengapa mereka nak masuk bertanding iaitu tidak mahu memberikan kemenangan mudah buat Anwar.  "Itu hak dialah (PAS) nak bertanding. Calon kita (Pakatan Harapan) semua orang tahu kerana beliau juga bakal perdana Menteri yang kelapan. Kita percaya semua orang mahu Datuk Seri Anwar menang dan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat selepas...