Skip to main content

Peringatan Hakim Syarie Terengganu, tindakan undang-undang jika...


KUALA TERENGGANU -- Hakim Syarie Terengganu Rosdi Harun menegur segelintir pihak yang dilihat mempertikaikan bidang kuasa dan hukuman yang dijatuhkan terhadap pesalah syariah di negeri ini oleh Mahkamah Syariah Terengganu.
Teguran itu disuarakan pada awal prosiding jatuh hukum terhadap seorang ibu tunggal berumur 30 tahun yang mengaku bersalah atas kesalahan persediaan melacurkan diri di sebuah hotel di sini 17 Sept lalu.
Mengambil contoh kes sebatan yang dijatuhkan terhadap dua wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Terenganu 3 Sept lalu terhadap dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis, beliau berkata hukuman yang dijatuhkan adalah bersifat untuk mendidik dan memberi peringatan kepada pesalah dan juga masyarakat Islam.
 “Negara kita adalah negara yang  berdaulat dan negara yang bertamadun serta mempunyai peraturan. Begitu juga Mahkamah Syariah adalah berdaulat dan hukuman yang dijalankan terhadap pesalah dijalankan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) yang telah dipersetujui oleh pemerintah.
“Apa yang menyedihkan dewasa ini ada pihak yang menulis mengenai perkara itu (hukuman syariah) tetapi yang tiada ilmu pun nak tulis juga dan menegur mengenai bidang kuasa Mahkamah (Syariah),” katanya dalam nada sebak.
Rosdi juga kesal dengan pihak yang tidak mempunyai pengetahuan yang betul mengenai cara pelaksanaan hukuman sebatan yang dijalankan hingga menimbulkan polemik kepada masyarakat di negara ini khususnya yang disebarkan melalui media sosial.
Jelasnya, mereka tidak melihat sendiri cara sebatan mengikut syariat Islam itu dijalankan sedangkan ia berbeza dengan sebatan di Mahkamah Sivil hingga salah faham ini menyebabkan ada pihak membuat kenyataan untuk ‘menghapuskan' Mahkamah Syariah.
Justeru katanya bagi mengelak perkara itu berulang, pihak mahkamah tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika terdapat lagi tohmahan dilemparkan terhadap pihak Mahkamah Syariah (khususnya di Terengganu) susulan hukuman yang dijatuhkan terhadap ibu tunggal itu hari ini atau mana-mana kes berkaitan selepas ini.
 “Untuk kali ini sekiranya terdapat tulisan atau perkara yang menghiris hati saya jika perlu kita tidak ragu-ragu akan bawa ia ke muka pengadilan untuk prosiding atas kes menghina mahkamah,” katanya.
Sebelum ini pelbagai spekulasi dan kecaman timbul terhadap pihak Mahkamah Syariah Terengganu ekoran pelaksanaan hukuman sebat terhadap dua wanita itu yang dijalankan di hadapan kira-kira 100 orang awam.
Kes itu mendapat perhatian ramai termasuk NGO berkaitan hak asasi manusia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mendakwa ia menghina, merendahkan dan seolah-olah suatu usaha tindakan memalukan wanita-wanita itu dan keluarga mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...