Skip to main content

Posts

Showing posts from March 12, 2019

Jamal Yunos dilepas tanpa bebas

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Majistret Ampang di sini hari melepaskan tanpa membebaskan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos daripada  pertuduhan menceroboh sebuah premis perjudian di Taman Kosas, di sini tiga tahun lalu. Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan bahawa sepina bagi kehadiran saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu tidak dapat disempurnakan selain pegawai penyiasat juga gagal memastikan kehadiran saksi. Sehubungan itu, Muhamad Firdaus membuat keputusan supaya Jamal yang diwakili peguam Khairul Anuar dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu pada hari pertama perbicaraan kes berkenaan. Pada 5 Julai tahun lepas, Jamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama Aenol Rofik Mawardi, 21, dan seorang lagi yang masih bebas, menceroboh kedai Starcom Trading and Services, Jalan ...

Bekas Penolong Jurutera JKR didakwa gubah wang haram RM187,000

MELAKA -- Bekas penolong jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dihadapkan ke Mahkamah Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM187,000, dua tahun lepas. Tertuduh Hairudin Ngadiron, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin. Hairudin, didakwa melibatkan diri dalam sembilan transaksi penggunaan wang tunai berjumlah RM187,898.20 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram bagi tujuan pelbagai perbelanjaan untuk mengubah suai rumah dan pembayaran menyelesaikan kes rasuah di Kampung Parit Gantung, Sungai Rambai, Jasin dekat sini, antara Januari dan Julai 2017. Kesemua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dipenjara mak...

Tiga tahun tidak memadai untuk senator

PORT DICKSON -- Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran hari ini sekali lagi meminta Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara meneliti  cadangan supaya  tempoh keanggotaan senator dipanjangkan kepada sekurang-kurangnya lima tahun. Beliau berkata ini memandangkan tempoh tiga tahun bagi satu penggal yang diberikan kepada senator tidak mencukupi malah tempoh berkenaan juga dianggap sebagai tempoh pembelajaran untuk seseorang senator belajar mengenai pelbagai perkara termasuk dasar dan sistem kerajaan. “Tempoh lebih tiga tahun itu bukan untuk kita meraih lebih pendapatan dan membazir duit rakyat. Seseorang yang menjadi ahli Yang Berhormat daripada peringkat negeri atau persekutuan,  tempoh hingga tiga tahun ini dia tengah...

Pulang ke Indonesia selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam

JAKARTA -- Selepas lebih dua tahun ditahan dalam menjalani proses pengadilan di Malaysia, akhirnya Siti Aisyah tiba di tanah airnya, Indonesia petang Isnin. Dilepas tanpa dibebaskan atas tuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi, Siti Aisyah, 27, selamat tiba di Jakarta di Lapangan Terbang Halim Perdana Kesuma, pada 5 petang dengan pesawat khas, yang diuruskan Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur. Ratusan petugas media tempatan menunggu ketibaan Siti Aisyah sejak jam 3 petang itu, turut menyiarkan berita secara meluas berkenaan keputusan Hakim Datuk Azmi Ariffin berhubung kes tersebut. Siti Aisyah ditahan pihak berkuasa Malaysia pada hari kejadian pembunuhan Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb 2017. Siti Aisyah yang berasal dari Serang, Banten, kelihatan ceria, turut mengucapkan terima kasih ...

Mengaku tidak bersalah bunuh suami

SHAH ALAM -- Balu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan, serta dua remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh lelaki itu pada Jun tahun lepas. Bekas eksekutif senior di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Samirah Muzaffar, 44, dan dua remaja lelaki yang masing-masing berusia 16 serta 13 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman. Wanita itu dan dua remaja lelaki tersebut didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, warga Indonesia Eka Wahyu Lestari didakwa dengan niat bersama telah membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya dekat sini, antara 11.30 malam, 13 Jun 2018 hingga 4 pagi, 14 Jun 2018. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Pertuduhan terhad...

Kerajaan tidak bermaksud sekat kebebasan awam

KUALA LUMPUR -- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata gesaan agar komen yang sederhana dalam portal bukanlah bermaksud hendak mengehadkan  kebebasan awam. Beliau berkata, ia lebih kepada untuk mengekalkan kesopanan dan mengelakkan luahan yang akan membawa kepada kenyataan merangsangkan yang mungkin membawa kesan kepada keselamatan negara. “Kebebasan bersuara bukan bermaksud untuk menggalakkan komen kelucahan, tidak beradab atau  seksis. Kita juga tidak patut membiarkan ancaman fizikal atau ancaman kecederaan tubuh badan dalam media sosial. “Hantaran atau komen seumpama hendaklah dielakkan dan ini boleh dicapai menerusi tapisan sendiri di samping bantuan daripada portal itu sendiri,” katanya dala...

Dr Streram kekal calon PRK DUN Rantau

KUALA LUMPUR -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram dipilih bertanding semula pada PRK tersebut berikutan dinafikan hak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata beliau berpegang kepada prinsip keadilan iaitu calon yang layak harus dibenarkan bertanding untuk menjadi wakil rakyat. “Kita dapati bahawa calon dulu adalah orang tertentu kerana penipuan maka dia kalah. Sekarang didapati (keputusan) PRU di kawasan itu dibatalkan dan diadakan PRK untuk menentukan siapa sebenarnya yang patut jadi wakil rakyat di situ. Jadi orang yang lama diletakkan di situ.  "Kita pegang kepada prinsip, takkan dia lawan dengan bekas Menteri Besar, calon PH tidak besar macam calon BN. Kita terpaksa juga letak calon yang lama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. Sementara itu, mengulas mengenai da...