JITRA -- Kira-kira 14 buah rumah rosak teruk dalam kejadian ribut yang melanda di beberapa kampung, di sini petang semalam. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Paya Dudur, Kampung Paya Parit Latih, Taman Tunku Maheran, dan Kampung Paya Keriang Menyabung. Ribut yang berlaku kira-kira 6.30 petang itu menyebabkan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin serta beberapa pokok tumbang. Seorang penduduk Kampung Paya Keriang Menyabung, Manih Chat, 73 berkata, kejadian menyebabkan dia kerugian hampir RM10,000 apabila sebahagian bumbung rumah diterbangkan angin manakala siling rumah rosak. Menceritakan kejadian tersebut Manih berkata, dia yang tinggal seorang diri terpaksa menjerit membaca sepotong ayat Al-Quran sebaik melihat pusaran angin yang kuat menghampiri rumah. “Ketika itu hujan cukup lebat dan saya melihat pusaran angin yang bergulung-gulung dan warna putih sedang menghampiri rumah. “Saya kemudian menjerit membaca Ayat Kursi sebelum pusaran itu...