Skip to main content

Posts

Showing posts from October 8, 2018

Repeal of Sedition Act should be at next Parliament sitting

KUALA LUMPUR -- The repeal of the Sedition Act should take place at the next sitting of Parliament, said Communications and Multimedia Minister Gobind Singh Deo. He said he will call for a moratorium on the act at the Cabinet meeting on Wednesday. “PH (Pakatan Harapan) on track to repeal Sedition Act. AG (Attorney-General) working on it. Just checked again this afternoon,” he said on his Twitter account. Gobind Singh also posted a link to a news article by an online portal that stated that lawyers were disappointed with Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's alleged lack of commitment to a moratorium on the act pending its repeal, Bernama report. According to the Dewan Rakyat calendar, the House is scheduled to sit from Oct 15 to Dec 11.   Earlier today, Dr Mahathir said the government will not set any timeline to repeal the Sedition Act. He said repealing the act will take time as it needs to be passed by Pa...

Zahid ke SPRM Rabu ini

KUALA LUMPUR -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di  Putrajaya pada Rabu ini.  Menurut sumber, Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri diminta hadir pada 10 pagi untuk  membantu siasatan SPRM.   Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki  ketika dihubungi  mengesahkan  perkara itu namun enggan mengulas lanjut. Sementara itu, Ahmad Zahid melalui laman Twitter rasminya berkata beliau akan memberi kerjasama  penuh kepada SPRM.  "Saya hanya akan memberi keterangan… atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu nanti di ibu pejabat SPRM," katanya. Pada Julai lepas,...

Saya tidak buka cerita lama - Saiful Bukhari

PORT DICKSON -- Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan menafi menggunakan isu lamanya dengan Ketua Umum PKR itu sebagai bahan kempen dalam  siri ceramah kelompok yang diadakan baru-baru ini. Sebaliknya, calon bebas PRK itu menegaskan bahawa beliau berpegang teguh kepada pendirian yang dibuatnya pada hari penamaan calon, 29 Sept lepas untuk tidak mengungkit kisah lama ‘Anwar-Saiful’. “Saya tidak membuka cerita lama itu dalam ceramah sebaliknya berkongsi isu itu atas kapasiti menjawab soalan penduduk ketika sesi soal jawab selepas ceramah. Bukan saya nak menjadikan ia sebagai bahan kempen dengan menyerang peribadi Anwar. "Saya pegang kepada ikrar saya sebelum ini... kempen saya dalam bentuk ceramah dan ada sesi soal jawab..soalan tentang isu liwat itu dia...

Anwar didakwa sogok pengundi

PORT DICKSON -- Calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong pada Isnin membuat laporan polis terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar yang didakwa kononnya melakukan sogokan kepada pengundi Parlimen Port Dickson pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu. Personaliti media sosial itu itu membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson pada pukul 12 tengah hari, tadi. Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata laporan polis itu menyentuh mengenai dua perkara berkenaan sogokan yang dibuat oleh Anwar iaitu mengenai tiga inisiatif yang akan dilakukannya kepada masyarakat Port Dickson dan  pelancaran program tuisyen dalam talian secara percuma. "Dia (Anwar) telah merancang tiga program untuk rakyat Port Dickson iaitu projek pelancongan lima bintang, program latihan penerbangan da...

Permit syarikat terlibat kemalangan digantung serta-merta

PUTRAJAYA -- Permit 28 kenderaan syarikat Usaha Maju Trading Sdn Bhd digantung serta-merta selama dua minggu bagi membolehkan siasatan dan audit dijalankan berkaitan kemalangan maut di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, Perak Sabtu lepas. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  akan mengeluarkan notis penggantungan kepada syarikat berkenaan, yang satu daripada kenderaannya terlibat dalam kejadian tersebut. Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah telah diarahkan untuk memastikan semua 28 kenderaan berkenaan berada di depoh dalam tempoh tersebut. "Lesen pengendali operasi syarikat itu boleh digantung sekiranya audit yang dilakukan SPAD selepas ini mendapati terdapat kesalahan lain yang membolehkan tindakan itu diambil," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Dalam...

Jenazah Nazrin selesai digali semula

PETALING JAYA -- Jenazah Allahyarham bekas CEO Cradle Fund Nazrin Hassan telah dibawa keluar dari Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9 , Kota Damansara untuk bedah siasat kali kedua. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan. “Ya betul, saya mengesahkan jenazah Allahyarham Nazrin dbawa keluar dari tanah perkuburan itu dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya yang enggan mengulas lanjut. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam kenyataan berkata proses bedah siasat jenazah Allahyarham Nazrin akan dijalankan petang ini. Proses penggalian semula kubur Allahyarhan Nazrin yang bermula 8.30 pagi ini selesai pada 12.45 tengah hari. Jenazah Allahyarham Nazrin diiringi beberapa kenderaan polis. Hari ini, Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan isteri mangsa untuk menangguhkan proses penggalian kubur suaminya. Sebelum ini, Mahkam...

Rosmah bayar wang jaminan RM1 juta

KUALA LUMPUR -- Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pada Isnin membayar jaminan RM1 juta daripada jumlah keseluruhan RM2 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini. Dua wanita yang dipercayai penjamin Rosmah hadir ke mahkamah kira-kira 10.15 pagi dan terus menuju ke kaunter bayaran jaminan di tingkat bawah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini untuk menandatangani dokumen berkaitan urusan ikat jamin. Bayaran jaminan itu dibuat oleh dua rakan wanita itu yang memakai baju kurung dan bertudung   dan mereka meninggalkan Kompleks Mahkamah pada 11.15 pagi dengan sebuah kenderaan. Pada Khamis lepas, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan  Rosmah, yang diwakili barisan peg...

Hendak menggelar saya dengan apa nama sekalipun, silakan

KUALA LUMPUR -- Kerajaan tidak akan menetapkan sebarang garis masa untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.  Beliau berkata pemansuhan akta itu akan mengambil masa kerana ia memerlukan kelulusan Parlimen. "Kita tidak dapat menentukan dengan tepat garis masa tertentu kerana bimbang tidak dapat mematuhi garis masa yang telah ditetapkan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk "Tun Ismail Ali - Paragon of Trust and Integrity" di Sasana Kijang. Beliau berkata demikian ketika ditanya bila akta berkenaan akan dimansuhkan ekoran kritikan daripada beberapa pihak yang mendakwa akta itu telah beberapa kali digunakan oleh kerajaan baharu termasuk dalam kes terbaru melibatkan Azman Noor Adam, adik kepada anggota Majl...

Tidak ada perkataan seperti yang ditulis

KUALA LUMPUR -- Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, Siti Zulaikha Zulkifli, Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa,  berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.  Katanya jika perkara berkenaan tidak dibuat dalam tempoh 24 jam tindakan lebih tegas akan diambil.  Pada Sabtu (6 Okt), akhbar tersebut menyiarkan laporan bertajuk 'No More Moral Policing' serta versi online 'No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives, says Mujahid'. (‘Tiada lagi kepolisan moral’ dan ‘Tiada lagi serbuan khalwat waktu malam atau merejah kehidupan peribadi orang Islam, kata Mujahid’) Sit...

RM5.22 bln saved in MRT2 construction cost after renegotiation

KUALA LUMPUR -- The government saved RM5.22 billion, or 23 per cent of the cost of building the Mass Rapid Transit 2 (MRT2) project through renegotiation with MMC-Gamuda Joint Venture, the project delivery partner (PDP). Finance Minister Lim Guan Eng said this was achieved after the Ministry of Finance, together with the Attorney-General’s Chamber, the Ministry of Transport and agencies such as Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCo) and the private sector, embarked on a cost rationalisation exercise of the MRT2 since May 2018. “Consequently, the Cabinet on October 3 accepted an offer made by MMC-Gamuda, through their letters dated August 15 and September 7, to complete the above ground portion of the MRT2 project as a turnkey contractor at the cost of RM17.42 billion, versus the original cost of RM22.64 billion. “This is a RM5.22 billion or 23 per cent savings achieved through a reduction in cost and rationalisation in work scope without cancelling any of th...

Ringgit to trade between 4.14-4.16 against US dollar

KUALA LUMPUR -- The ringgit is expected to trade in the range of between 4.14 and 4.16 against the US dollar on stronger buying interest for the greenback, said OANDA Head of Trading in Asia-Pacific Stephen Innes. He said it would be challenging for the ringgit stay bullish amid the ongoing US-China trade tensions and concerns over a faster pace of interest rate increase in the US.  "The external environment is not at all amicable for Asian emerging market (EM) currencies, which include the ringgit. Traders are buying the US dollar on declining stock prices," Innes told Bernama. On the local front, he said with the upcoming 2019 Budget in focus, it would put more pressure on the government to deliver fiscally-prudent measures. "While the terms of trade remain favourable due to (rising) oil prices, waning growth could be negative for the ringgit as it could trigger a dovish response from Bank Negara Malaysia," he added.   Me...

Bursa Malaysia to see range-bound trading next week

KUALA LUMPUR -- Bursa Malaysia is expected to maintain range-bound trading next week and hover between 1,805 and 1,776 points with external uncertainties expected to put a limit to the upside potential, said an economist. Bank Islam Chief Economist Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid said the market would be focusing on a series economic releases in China, ranging from foreign direct investment, money supply to Chinese new loans. “Besides, the International Monetary Fund will give updates on the world economic outlook on Oct 9, as well releases new economic forecast,” he told. Mohd Afzanizam said perhaps, the theme would revolve around trade tensions, as well as global monetary tightening, hence, indicating a challenging global economic prospect in 2019. On the home front, he said investors would also be looking for more market catalysts from the mid-term review of the 11th Malaysia Plan and Budget 2...

Port Dickson jenama pelancongan yang kusam

PORT DIKCSON -- Satu pelan hala tuju baharu pelancongan Port Dickson sedang dirangka yang akan menggariskan beberapa tindakan bagi meningkatkan jenama yang kurang mendapat sambutan serta kualiti pusat peranginan terkenal itu. Pegawai Daerah Port Dickson Khairy Maamor berkata antara matlamat utama pelan itu yang sedang dibincangkan di peringkat kerajaan negeri adalah untuk menjadikan pantai Port Dickson dan kawasan sekitarnya bersih dan mewujudkan lebih banyak produk pelancongan yang mampu menarik kedatangan pelancong. "Kita ada 10 pantai sepanjang 18km yang sesuai digunakan untuk aktiviti riadah jadi perlu ada kaedah untuk mengekalkan keindahan pantai ini kerana ia adalah produk utama pelancongan yang membuatkan orang mengunjungi Port Dickson. "Selain pantai sebenarnya kita ada banyak produk pelancongan yang lain tapi kurang menjadi tumpuan seperti Muzium Tentera Darat, pusat ikan hiasan, homestay dan sebagainya yang perlu dipopularkan lagi," katanya. Katany...