Skip to main content

Posts

Showing posts from July 12, 2018

Kenapa Gobind Singh Deo yang cakap hal Zakir

SHAH ALAM -- Kenapa Menteri Komunikasi dan Multimedia yang bercakap mengenai pendirian kerajaan terhadap pendakwah terkemuka, Dr. Zakir Naik? Jelas dan tidak mungkin hal berkaitan dengan pendakwah itu seperti ekstradisi atau menentukan beliau melakukan kesalahan terletak pada bidang kuasa menteri ini, walaupun Gobind sekadar bercakap mengenai perbincangan kabinet. Menteri itu dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, kerajaan akan bertindak sewajarnya dan sentiasa “menjunjung kedaulatan undang-undang dalam apa jua kes dan bukan hanya dalam kes melibatkan pendakwah kontroversial Dr Zakir. “Kita kena follow rule of law. Setahu kerajaan, India menyatakan bahawa mereka mempunyai kes terhadap pendakwah itu. “Jadi, saya fikir apa yang perlu dilakukan ialah apabila kes itu dikemukakan, keputusan akan dibuat sama ada untuk menghantarnya pulang atau tidak,” kata beliau kepada pemberita. Apakah maksud tersirat bagi...