KLANG -- Rundingan semakan semula harga air mentah dengan Singapura telah dimulakan sejak sebulan lepas, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata rundingan berkenaan dilakukan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas dengan peguam negara republik berkenaan dan beberapa pertemuan lagi akan diadakan berhubung perkara tersebut. “Perbincangan tentang perjanjian air telah bermula. Kita ada lapan perkara yang sedang dirunding dengan Singapura dan perjanjian air adalah satu daripadanya. “Ini (kejayaan memulakan rundingan) kita anggap penting kerana sebelum ini, kita tidak dapat duduk semeja tentang isu tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rohingya Education Centre (REC) Klang, di sini. Ditanya mengenai respons kerajaan Singapura berhubung rundingan itu, Saifuddin berkata setakat ini, masih terlalu awal untuk pihaknya membuat sebarang rumusan namun menyifatkan usaha memulakan perbincangan tersebut sebagai satu lang...